KLIK SINI

Followers

Sunday 31 July 2011

Khairul Fahmi dan Elia putus tunang??

Salam..

Hye korang.. Arini gempar dalam Harian Metro bila Khairul Fahmi Che Mat sendiri telah membuat kenyataan bahawa dia dan Elia telah memutuskan pertunangannya.. Adoii.. Sedih gak la sebab hal yang macam ni boleh memutuskan ikatan yang sudi.. Apa pun kat bawah ni adalah kenyataan Khairul Fahmi Che Mat dalam Harian Metro hari ni..

Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas. 
Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan. Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia. 
Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya. Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun. 
Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami. Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit. 
Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia. 
Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi. 
Sumber: Harian Metro 

Friday 29 July 2011

Khairul Fahmi dan Elia Si Jejariruncing dah berbaik??

Salam... 

Hye korang..Walaupun peminat bola sepak tempatan bersedih
 dengan kekalahan bermaruah skuad Harimau Malaya semalam,
 namun sekurang-kurangnya peminat penjaga gol Malaysia, 
Khairul Fahmi boleh tersenyum mendengarkan khabar ini.
Khairul Fahmi yang menunjukkan prestasi yang amat cemerlang
 semalam dikhabarkan sudah berbaik dengan tunangnya, Elia. 
Hubungan mereka berantakan apabila timbul isu yang mengatakan 
Khairul Fahmi mempunyai skandal dengan seorang wanita yang bernama Dahlia Teck.
 Dan tunangnya juda ada mengatakan bahawa Khairul Fahmi bersikap biadab dengan emaknya. 
Perubahan sikapnya juga menjadi antara sebab Elia terkilan dengannya.
Sumber berita ini adalah daripada seorang jurugambar pasukan bola sepak Kelantan, Red Warrior yang mungkin mempunyai kaitan dengan Khairul Fahmi. Kalau betul la bagai dikata, kami tumpang gembira. Berkat doa peminat-peminat dan pemerhati mereka, hubungan mereka pulih semula.
Persoalannya sekarang siapa sebenarnya Dahlia Teck?



Dahlia Teck yang digosipkan sebagai skandal Khairul Fahmi ni, 
sebenarnya merupakan model kelas fotografi yang berasal dari Kelantan. 
Dengarnya dia merupakan salah seorang model yang amat terkenal di negeri 
Cik Siti Wan Kembang tu dan baru sahaja tamat SPM tahun lepas. 
Oh! Agak-agak beza umur 5 tahun la. Mana tau mungkin mereka 
sekadar kawan tapi orang sekeliling yang bercerita lebih. 
Biasalah orang tengah bertunang kan.
 Dugaan memang sentiasa ada.So, kepada Khairul Fahmi dan Elia, 
tahniah sebab dapat selesaikannya dengan baik. 
Jejari runcing pun dah mula keluarkan entri yang nampak happy dan tiada unsur-unsur sedih lagi. 
Hehe. Semoga hubungan korang berdua lepas ni lagi kukuh dan teguh! 
Wah bersyarah pulak Neeya ni kan. Selamat berbahagia… =)

Wasalam..

Sumber: Yang boleh dipercayai..

Thursday 28 July 2011

Entri Pendek: Game Over..Tetttttttttttttttt !

Salam..

Dalam keadaan tekak yang sakit..
Sebab terlalu banyak menjerit..
Sampai da perit anak tekak ni haaaaaaaaa..
Xde apa nak tulis.. Cuma nak cakap Malaysia da kalah..
Tetttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt !
Game over...!!
Sekian..

Wasalam..

Kisah Dongeng

Salam.. 
Hye korang.. 
Arini Neeya nak share ngan korang lirik lagu
Stacy.. Kisah dongeng yang lirik dia
sangat menyentuh hati.. Siyez... Sangat best lagu ni..
Sangat berkesan di hati ni..
Teringat kat sesorang bila dengar lagu ni..
Adoiiii.. Touching sangat..


Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Chorus
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Ulang Chorus

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Kalau korang nak download lagu ni..
Bole download kat sini ea..
Kalau korang nak download 
video klip lagu ni..
Sila KLIK sini..

Wasalam..

P/S: Pada yang dengar lagu ni sila sedia tisu banyak2 ea.. Hihi..

Wednesday 27 July 2011

Gambar Dahlia Teck

Salam..

Hye korang.. Haaa..
Ni Neeya de jumpa 1 pic Dahlia Teck..
Agak cun la kan.. 
Patutla Khairul Fahmi tertawan..
Tapi apa pun.. Neeya harap 1 hari persoalan ni akan 
terjawab gak la.. Sama ada betul atau x..
Neeya nak komen lebih2 pun xberani la.. Sebab Neeya pun xsure
and xde org yang memberi kenyataan yang benar kan..
So.. Korang pk la sndiri oke..

Sekian..

Wasalam..


p/s: KLIK untuk menderma..

Siapa Dahlia Teck dan apa hubungannya dengan Khairul Fahmi??

Kisah hubungan Khairil Fahmi dan Elia dah jadi semakin rancak dan panas sekarang. Dah macam pisang goreng. Sedap dimakan bila panas-panas. Terbaru Fahmi dikatakan pernah keluar bersama seorang lagi perempuan yang bernama Dahlia Teck. Menurut kakak kepada Elia iaitu Erin, dia memang tahu mengenai hal ini dan pernah bertanyakan kepada Fahmi, namun Fahmi hanya menjawab dia dan Dahlia sekadar kawan biasa. Kawan biasa tak kan lah begitu mesra kan? Selain itu ada sumber lain mengatakan yang memang hubungan Fahmi dan Elia bermasalah disebabkan si Dahlia ni. Siap ugut-mngugut lagi tu. Ishhhh parahhhh. Apa kesudahan kisah mereka berdua ni??? Diharapkan dapat selesai secara baik.

Sumber : cari.com.my

Ni gambar Dahlia Teck yang diperoleh dari akaun Twitternya




p/s: KLIK sini untuk menderma..

Tuesday 26 July 2011

Sah.. Hubungan Khairul Fahmi dan Elia dilanda Masalah !

Salam..

Hye korang.
Semalam gempar satu Malaysia mengenai entry yang mengatakan hubungan penjaga gol Harimau Malaya, Khairul Fahmi dan Elia Jejariruncing dilanda masalah. Dan ternyata itu semua bukan lah gosip semata-mata kerana kalau dilihat di akaun Facebook milik Elia memang hubungan pasangan ini sedang bermasalah. Ada sumber mengatakan yang si Fahmi ni siap belanja 3 pasang kasut kepada seorang perempuan yang dikatakan berjalan berpegangan tangan dengannya itu. Hmm pada mulanya memang sesetengah pihak menganggap mungkin itu adalah adiknya tapi kalau sampai dah mesra-mesra pegang tangan takkan lah adik kot. Korang fikirlah sendiri ok! 



Huhu.. Neeya no comment la tentang isu ni..

Wasalam..

p/s: KLIK untuk menderma..

HUBUNGAN KHAIRUL FAHMI DAN ELIA BERMASALAH


PANASSSSS!!!!!! Semua pun dah tahu penjaga gol Harimau Malaya, Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai  Apek telah pun selamat bertunang dengan Elia. Kononnya pasangan ini memang loving couple la. Ke mana sahaja pun bersama. Tapi baru-baru ini ada sumber mengatakan telah nampak si Fahmi ni berjalan dengan seorang wanita sambil berpegangan tangan. Memang mesra la cara mereka berdua. Macam pasangan kekasih. Apa yang menariknya sumber mengatakan perempuan tersebut lebih hot dan lebih cantik dari tunangnya si Fahmi, Elia. Apa kes ni Fahmi?? Selain itu, di blog Elian, latest entry yang dibuat olehnya mengenai doaku buat kekasih juga menimbulkan seribu tanda tanya. Jika di baca entry ini seperti ada sesuatu yang sedang melanda hubungan Elia dan Fahmi. Hmm apa dah berlaku kepada hubungan mereka???Adakah hubungan mereka sedang mengalami keretakan??? Adakah disebabkan orang ketiga??? Tak tahulah sama ada perkara ini benar atau tidak. Harap-harap ni gosip semata-mata. Tapi masakan pokok bergoyang jika tiada angin. Apa-apa pun tunggu Fahmi dan Elia buat penjelasan.


http://jejariruncing.blogspot.com/

Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi

Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera

Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa

Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU
Amin. 

Saturday 23 July 2011

Entri Pendek: Games Over

Salam..

Games over for tonight.. Singapore(5) dan Malaysia(3)..
Tapi xpe.. 28hb ni menentukan siapa yang layak ke peringkat
seterusnya.. Go.. Go.. Go.. Malaysia..

Wasalam..

Entri Pendek: Da 3 Gol!!!

Salam..

Alahamdulillah.. Malaysia da berjaya sumbat 3 gol wat msa skng..
Syukurlahh.. Malaysia da bangkit semula..
Semoga malam ni Malaysia berjaya menewaskan Singapore..
Amin..

Wasalam..

Hatiku Tersentap dengan Sharbinee Allawee

Salam..

Hye korang.. Neeya sangat pasti ramai antara korang 
tengah menonton bola Malaysia vs Singapore kan?
Adoiiiii.. Apa nak jadi dengan abg Sharbinee Allawee ni??
Macam biarkan bola masuk gol mcm 2 je..
Pleaseeee la Sharbinee Allaweee.. Jangan tengok je bola 2..
Da saket tekak Neeya berteriak ni..
Tapi.. Walau apa pun.. Still ada masa lagi untuk separuh
masa kedua kan.. Gudluck untuk pemain Malaysia..
Sharbinee Allawee pun, sila jgn tengok je bola 2 oke..
Semoga Malaysia balik dengan penuh bermaruah malam ni..
Amin..

Wasalam..


Wednesday 20 July 2011

Lie to Me !!

Salam..

Hye korang.. Dalam entri ni, Neeya nak share ngan korang 1 drama Korea yang sangat best dan korang patut tengok.. Haaa.. Lie to Me la tajuk dia.. Actually time cuti hari tu mmg Neeya sangat setia la menanti masa citer ni ditayangkan.. Haaa.. belum abes lagi citer ni korang.. Malam ni baru episod 10.. Buat korang yang ada melanggan Astro Beyond kat umah bole la tengok citer ni.. Yang tade Astro pun bole tengok gak.. Neeya akan share ngan korang kat mana korang leh tengok citer ni.. 

Citer ni mengisahkan sorang pegawai kerajaan iaitu Gong Ah Jong yang memulakan 1 penipuan dengan mengatakan pada kawan2 dia yang dia da kawen.. Haaaa.. Korang jangan tipu2 pasal kawen ea.. Then, berlakulah salah paham bila kawan dia nampak dia ngan sorang manager hotel yang sangat terkemuka.. Haaaa.. memang best la citer ni.. Setakat ni, Neeya rasa ni la citer terbaik yang penah Neeya tengok mendahului Witch Yoo Hee.. Hehehehe.. 

Korang bole la mendapatkan info tentang citer ni dengan menglike pages drama ni..
  KLIK

Ataupun korang bole terus ke web ni untuk menonton drama ni.. Haaa.. Free je lol korang.. 

Xpun korang nak info lebih pasal citer ni.. 

Sape2 yang ada Astro Beyond bole la bukak
channel ONE HD 393 pada setiap
hari Rabu dan Khamis jam 9:10 p.m..

Sekian..
Wasalam...

Tuesday 19 July 2011

Blogger Famous atas dasar Apa????

Salam..

Hye korang.. Entah nape tiba2 Neeya rasa terpanggil untuk wat entri pasal tajuk seperti di atas ni.. Dari pengamatan dan pemerhatian Neeya la kan.. Blogger ni bole jadi famous atas beberapa faktor.. Emm.. Actually ni pada pandangan Neeya la.. Dan Neeya perhatikan blogger2 yang femes n meletop2 mempunyai ciri2 kat bawah ni..
  • Blog yang cantik n berbling2
  • Blog yang banyak sediakan tutorial
  • Blog gadis2 cun @ pakwe2 ensem
  • Blog yang banyak info isu semasa
  • Blog hiburan
  • Blog yang berunsur L*C*H
Actually, Neeya ni sorang newbie ataupun sorang blogger baru yang baru nak bertatih.. Dari pemerhatian Neeya la.. Jenis2 blog di atas la kebiasaannye mendapat  trafik yang tinggi atau blogwalking yang tinggi.. Emm.. Kadang2 terasa pelik gak.. Sebuah blog yang xde entri yang menarik n entri ntah apa2 yang dimiliki oleh awek2 cun @ pakwe2 ensem mesti org ske n komen gak n siap follow lagi.. Sangat pelik kan?? 

Emmm.. I'm speechless now.. Actually I don't know why I post this entri.. But.. Neeya juz nak bagi tau korang result daripada pemerhatian Neeya.. So.. Pada newbie2 macam Neeya bole la letak pic2 korang yang cun2, comel2, gedik2, ensem2, macho2 kat lam blog ni.. Then baru la ada org berminat nak follow blog korang.. Sekian entri ntah apa2  ni..

Wasalam..

Monday 18 July 2011

1st Day untuk Sem Baru

Salam..

Hye korang sume.. Apa kabar korang arini??
Arini hidup Neeya sangat beserabut..
Mana tak nye.. Subjek yang da Neeya register
ada masalah lak.. Ada 2 subjek yang bermasalah..
Salah 1 subjek 2 sbb Neeya lom bersedia nak
menghadap lec 2 untuk sem ni.. Act kalau amek HR
ni memang sure kena mengadap lec 2.. 
Xbole lari la.. Tapi lom sedia lagi.. 
Sebab dia sangat strict n menakutkan...
Hahaha.. Yang lagi 1 subjek lak
tak d'tawarkan untuk sem ni.. Kalau
nak gak.. T'paksa la join dak course lain..
Haaaaa.. Xmau2.. Sebenarnye agak nyesal gak 
sebab xnak ikut flow.. Kalau la ikut flow tade jadi
macam ni.. Tapi bia jela.. Benda da jadi..
Cuma kena pegi jumpa HOP n beberapa lec je pun kan..
Apa susa??? Xsusa?? Susa sbnarnyee.. Sebab malas..
Hahahahaa.... Rasa cam xpecayee lak sem ni Neeya da masuk 
sem 5 uollsssss.. 2nd year part 2.. Wahhh.. Da seniorrr sket ni..
Sem ni do far lec2 sume oke kot klau add drop da settle..
Rasa xtenang slagi add drop ni xsettle.. Tapi apa ley wat..
HOP cakap ari Khamis ni baru pegi settle ngan dia..
So.. I'm waiting for Thursday laaa..


Ahakkssssss...
Perlu ke menunggu sampai tinggal tengkorak???
Hiperbola la pulak kan.. Ni cuma simile jeee..
Sebabbbbbbbbbbb....
Xsuka menunggu.. Bagi Neeya menunggu sampai ari Khamis 
lama sangat laaa.. Apa salah terus settle kan..
Huhuhuhuhuhu...

Wasalam..

Saturday 16 July 2011

Cuti Dah Abes..!

Salam..

Hye korang sume.. Apa kabar arini?
Malam ni Neeya akan bergerak ke Shah Alam..
Cuti da abes lol.. Urghhhhh.. Rasa sangat malas la
nak ke Shah Alam.. Tapi apa bole buat.. Sebagai
sorang student, Neeya harus menunaikan tanggungjawab
Neeya pada pelajaran kan.. Warghhhhhh..
Ayat xbole blah.. Betul ke ayat ni?? Ntah.. Da lama
tinggal subjek Bahasa Melayu.. Hikhik..
Korang sume jangan lupa doakan Neeya selamat sampai ke
Shah Alam ea.. Sem ni azam baru.. Nak belajar lebih gigih dan
lebih bersungguh-sungguh.. Cewahhhhhh.. Tape2..
Usaha kan tangga kejayaan.. Nak berusaha kena ada azam dan
cita-cita kan?? Okeyla korang, jumpa lagi kat entri lain oke..
Sayang korang..

Wasalam..

Thursday 14 July 2011

Feveret Biscuits Neeya

Salam..

Hye korang..
Ada lagi ke yang lom tido?
Heeee.. Malam ni entah knp Neeya susa
nak lelapkan mata ni.. Sangat degil la mata 
ni malam ni.. Tiba2 lak perut Neeya ni berbunyi2 kan..
Al-maklumlah time2 tengah malam ni xtido lagi..
Heeee.. Nasib la feveret biscuit Neeya slalu ada
disamping Neeya.. Ahaksss.. Seriously.. Biscuit ni memang
selalu ada stock la.. Hari2 beli.. Hahaha..
Haaaaa.. Korang tau x biskut pe??
Alaaaaaa.. Biscuit Rocky yang stick lam kotak 2..



Haaaaa... Biskut kat bawah ni..
Korang kenal x???
Xtau la nape Neeya addicted sangat ngan biskut ni..
Act mula2 my fren yang addicted dulu..
Neeya wat jual mahal je bila dia nak kasi Neeya try..
Then try la jugak sebab da slalu sangat tolak kan..
Bila da try Neeya trus fall in love ngan biscuits ni..
Biscuits ni la peneman Neeya time study.. Time online..
Hehehehe
 Biscuits ni de banyak
flavour.. Tapi Neeya suka makan yang strawberry n chocolate je..
So.. Apa kata korang try..
Mana la tau lepas ni korang lak fall in love
ngan biscuits ni kan.. Hehehehe..
Okeeey la.. Neeya da nak berhenti berceloteh..
Tata korang.. 

Wasalam..


Wednesday 13 July 2011

Tips: 50 Cara Memikat Lelaki

Salam.. Hye korang.. Apa kabar korang hari ni?? Hari ni Neeya nak share ngan korang beberapa tips untuk memikat hati lelaki.. Haaaa.. Kepada wanita2 kat luar sana.. Korang bole cuba menggunakan tips2 ni untuk tambat hati LELAKI YANG KORANG SUKA, BOYFIE atau SUAMI korang.. Heeeeeee..
  1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
  2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
  3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
  4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
  5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
  6. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
  7. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
  8. Jangan terlalu mengongkong.
  9. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
  10. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
  11. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
  12. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
  13. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
  14. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  15. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
  16. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
  17. Jangan bandingkan si dia dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
  18. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
  19. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
  20. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
  21. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
  22. Mengetahui bila hari lahirnya.
  23. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
  24. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
  25. Manja!
  26. Jangan terlalu excited ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
  27. Jangan terlalu bersikap kelakian dan ganas dalam pergaulan.
  28. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan perfect.
  29. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
  30. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
  31. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
  32. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
  33. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
  34. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
  35. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
  36. Jangan bersikap terlalu kuno.
  37. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
  38. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
  39. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
  40. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
  41. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
  42. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
  43. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
  44. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
  45. Jangan terlalu materialistik atau kebendaan.
  46. Setia da jujur pada si Dia.
  47. Bersikap berdikari.
  48. Bersabar dengan kerenah si Dia.
  49. Bersikap terus-terang.
  50. Menjaga tatasusila dan sopan santun.

Monday 11 July 2011

Tips: Ciri-ciri Wanita Idaman Lelaki

Salam.. Korang sume apa kabar??? Malam ni Neeya nak share sikit tips untuk menjadi wanita terpuji dan sentiasa menjadi idaman lelaki mengikut pandangan Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah. Beliau telah menggariskan beberapa ciri yang menjadi buruan lelaki dalam mencari pasangan dan jodoh untuk mendirikan rumah tangga.

·         Kecantikan Dalaman
Kecantikan dalaman akan menyerlahkan keindahan hati dan perilaku seseorang wanita. Walaupun berpewatakan lemah lembut, mereka masih mempunyai nilai dan prinsip untuk mencari nama dan wang, tidak mengikut hawa nafsu dan tidak akan menuntut sesuatu yang bukan miliknya. Selain itu, nur akan terpancar di wajah wanita yang mempunyai minda dan hati yang suka bersangka baik.

·         Keanak-anakan
Sifat semulajadi lelaki yang suka membela, menjaga, melindungi dan suka membimbing membuatkan mereka suka kepada wanita yang keanak-anakan dan manja. Namun, harus diingat, sifat keanakan yang terlampau juga boleh memperlihatkan wanita itu kurang matang dan membuatkan lelaki menyampah. Antaranya, bercakaplah dengan nada yang lemah lembut dan perilaku yang sopan santun.

·         Kecantikan
Wanita sememangnya diciptakan cantik dan indah. Malah, mereka akan bertambah cantik jika bujak menguruskan penampilan diri. Terdapat tiga pandangan tentang kecantikan wanita iaitu ‘nafsu mengatakan wanita itu cantik pada rupanya, akal mengatakan wanita itu cantik pada ilmu dan kepandaiannya dan hati mengatakan wanita itu cantik pada akhlaknya’.

·         Berakhlak Mulia
Akhlak yang baik meletakkan wanita itu sebagai seorang yang solehah. Dan wanita solehah memainkan empat peranan penting iaitu sebagai seorang ibu, sebagai isteri tempat pengubat duka, seorang kekasih yang dirindui saban ketika dan sebagai mujahidah yang sentiasa teguh di belakang mujahidin.

·         Bepegang Kepada Agama
Berpegang kepada agama akan mengangkat martabat diri seorang wanita. Rasullulah menekankan, pilihlah yang beragama kerana agama menjadi kekuatan wanita melindungi maruah diri demi suami tercinta.

·         Keturunan Baik-Baik
Wanita dari keturunan baik-baik menjadi pilihan lelaki. Faktor keturunan sedikit sebanyak mempengaruhi generasi akan datang. Pun begitu, Allah juga mengangkat martabat wanita dari keturunan anak zina yang berperibadi mulia dan mereka tetap wanita idaman lelaki.

·         Bijaksana
Wanita yang bijak tetapi tidak menunjukkan memang menjadi idaman lelaki. Jika wanita suka menunjuk-nunjuk, ia boleh mencabar ego lelaki dan menyebabkan lelaki menyampah serta tidak berani mendekatinya.

·         Keseksian
Lelaki suka melihat wanita yang seksi tetapi awas lelaki juga tidak suka wanita idamannya menjadi bahan pameran kepada semua lelaki. Justeru, simpanlah keindahan dan keseksian tersebut hanya untuk suami tercinta.

·         Tidak Cerewet
Wanita yang cerewet boleh merimaskan lelaki. Mulut wanita yang suka mengkritik, memperbesarkan perkara yang kecil, berceloteh benda yang sama dan bercakap tentang sesuatu yang tidak berasas memang menjengkelkan lelaki. Wahai wanita, anda dinasihatkan berkatalah dengan perkataan yang indah, menghiburkan dan bermanfaat sahaja.

·         Memahami Lelaki
Jadilah wanita yang peka dan mempunyai gerak hati yang kuat untuk memahami lelaki. Ini kerana lelaki mengimpikan pasangan yang mampu memahami situasinya dalam suka dan duka dengan membaca riak wajah tanpa perlu berbicara. Lantas, bertindak menghiburkan dan memberikan semangat dan kekuatan.

·         Tidak Terlampau Cemburu
Lelaki tidak suka wanita yang suka mengongkong dan cemburu buta. Jangan suka membuat tuduhan yang beremosi tanpa bukti yang kukuh. Lebih elok bersangka baik dan berbincang dengan cara yang paling berhemah sebelum membuat tuduhan melulu.

·         Sejuk Mata Memandang
Wanita yang sentiasa bersopan santun, manis wajah, sentiasa senyum, menutup aurat, ramah mesra dan menundukkan pandangan secara tidak langsung, akan mendamaikan perasaan lelaki.

·         Pandai Menaikkan Semangat Dan Motivasi
Lelaki lebih tertarik untuk mencari wanita yang pandai menaikkan semangat dan bermotivasi. Wanita ini bukan sahaja menjadi dorongan kepada suami, malah berbakat menjadi ibu yang mampu merangsang anak-anak menjadi cemerlang.

·         Canggih
Bagi lelaki, wanita yang canggih sentiasa tampil ideal, anggun dan menawan. Wanita yang canggih tahu menyesuaikan diri dengan perkembangan semasa tetapi masih lagi mengekalkan ciri-ciri wanita Islam.

·         Pemaaf
Wanita yang pemaaf mempunyai keunggulan yang tersendiri di hati lelaki. Meminta maaf terlebih dahulu walaupun diri tidak bersalah digambarkan mempunyai peribadi yang cukup tinggi dan mudah disayangi.

·         Sembang
Wanita yang pandai mengurus hidupnya dengan seimbang dari segi pergaulan, keagamaan, pengurusan diri, pengurusan masa dan sebagainya juga menjadi idaman lelaki. Sifat ini penting dalam menguruskan keluarga kelak.

Neeya harap tips yang Neeya share ni akan memberi kita serba sedikit panduan dan manfaat dalam mencari pasangan..Cewaaaaahhh.. Haha.. Sekian.. Wasalam..

P/s: Act Neeya kaki jeles kot..kuat giler jeles..hikhik..

Thursday 7 July 2011

Result oh Result..

Salam..

Alhamdulillah.. 
hari ni result exam Neeya untuk sem lepas da kuar..
Actuallly dari semalam da kuar.. 
Tapi sebab lupa password padan la muka Neeya ni..
Kang kena la tunggu hari ni pagi2 buta untuk call ICT..
Apa pun rasa bersyukur sangat2 sebab rasanya ni la result terbaik yang 
pernah Neeya dapat.. Alhamdulillah Ya Allah..
Xsia2 usaha Neeya pada sem lepas..
Tapi untuk sem depan Neeya dah berazam untuk
terus lebih gigih berusaha untuk cemerlang..
Wahhhh.. Azam untuk sem depan dowh..
Walaupun sem lepas cuma short sem tapi at least ada 
la gak profit yang dapat kan..
Fuhhhh.. Semalam da cuak gila da.. 
Ingatkan da nak kena pegi Shah Alam sendiri untuk 
mintak password kan.. Nasib la xperlu sume 2..
 So, cuti saya masih lagi berbaki
selama 10 hari.. Yeeehaaaaaaaa.. 
Dapatla cuti lagi dengan aman damai kat umah ni..
Hurmmmm.. 
Ada someone da berjanji dengan sy.. 
Nak TUNTUT janji ke x ea??? Dalam dilemaaa..

Wasalam..

Saturday 2 July 2011

Tutorial : Cara Mudah dan Murah untuk Update Twitter

Salam..

Hye korang sume.. Neeya nak share ngan korang 1 
cara senang dan mudah
untuk kawan2 yang suka bertwitter.. 
Kalau korang memang penggemar Twitter
korang active 10 kan je nombor ni.. 
Haaa.. Khusus untuk pengguna Maxis je..
Neeya xsure la pengguna telco lain bole guna atau x.. 
Tapi korang bole try dulu la..
Cara dia sangat mudah.. Simple je.. 
Korang hanya perlu ikut 5 step kat bawah ni..

1)Bukak web ni.. KLIK..
2)Klik sign in with Twitter
3)Klik authorize application
4)Isi form
5)Ikut arahan

Hehehe.. Neeya pun xsure kena wat pe lagi.. 
Tapi korang ikut je arahan dia..
Sangat senang dan mudah.. Dan murah juga.. 
Xpayah nak guna tenet lagi haaaa..
Selamat menTRY ea korang..
Tata n lub u olllzzzz..

Wasalam..

P/s: KLIK sini sebelum try tau..

KLIK SINI

Miss iPod