KLIK SINI

Followers

Monday 29 August 2011

Entri 14 Ramadhan: Neeya di interview TFM

Salam..

Hye korang.. Alhamdulillah hari ni da masuk hari ke-29
kita berpuasa.. Means???? Esok rayaaaaaa.. Haaa..
Tapi xconfirm la sbb malam ni tengok anak bulan kan..
Dlm entri ni Neeya nak share pengalaman ngan korang
 d'interview deejay radio.. Haa.. 
Tadi sedang Neeya berfesbuk.. Tiba2 je jari ni gatal
nak mengomen status Kak Jaja.. 
Deejay Radio Malaysia Terengganu..
Haaa.. So.. Kak Jaja ada wat request untuk temuramah Neeya 
tentang pengalaman balik kampung dengan menaiki bas..
Adoiii.. Nervous jugak la kan.. Nasib baik la bukan live..
Hanyalah rakaman dan akan disiarkan pada Hari Raya ke 2 nt..
So.. Korang jgn lupa dengar Terengganu FM (TFM) ye..
Pada pukul 9 pg.. Dengar jangan xdengar...!

Wasalam..

Thursday 25 August 2011

Entri 13 Ramadhan: Happy Birthday to Me..

Salam..
Slmt malam sume.. Ehem2..
Hari ni Neeya da genap 2* tahun la..
Dah makin tua.. Syukur kehadrat Ilahi
kerana Neeya masih diberi kesempatan
untuk terus bernyawa di atas muka bumi-Mu 
ini.. So.. Hari ni memang sangat bahagia..
Sebab Neeya juga akan balik kampung..
Xsabar nak balik kmpg tau..
Arini jugak Neeya dah rasa lega 
sebab barang2 sume dah habis dipindahkan
ke rumah baru.. Baru la feel nak balik raya kan..
Hehehehe..
Sekian short entri ni..

Wasalam..

Tuesday 23 August 2011

Entri 12 Ramadhan: Gempar.. Kanak-kanak Hilang!



Entri 11 Ramadhan: Saya nak pindah CEPAT-CEPAT..

Salam..

Hai sume.. Apa kabar korang pg ni? 
Alhamdulillah.. Nampaknya hari ni dah masuk hari ke
23 kita berpuasa.. Terasa macam cepat je masa
berlalu kan.. Sedar2 dah menghampiri raya kan..
Malam ni Neeya dah suping raya da.. 
Theme tahun ni oren n pink.. Means 2 pasang la
baju raya tahun ni kan.. Malam ni jugak Neeya da
dapat umah sewa yang baru.. Alhamdulillah..
Saya da xnak duduk kat PUSAT KOMERSIL ni..
Xnakkkkkkkkkkkkk.. Sy da takot da ni.. Tido malam pun
xtenang n sering dibayangi dgn citer2 dari abg polis 2..
Adoiiiii.. SERAMMMMM.. Tapi xpelah.. Cuma beberapa hari
je lagi kan.. Lepas raya ni say GOODBYE la kat umah ni kan..
Actually umah yang Neeya dok skng ni bole tahan la keselesaan dia..
Eventhough sewa agak mahal tapi berbaloi la dengan facilities dia..
Cuma faktor keselamatan yang xterjamin la membuatkan Neeya nak 
CEPAT-CEPAT pindah dari sini.. Da xsanggup nak dok 
sini lagi lepas raya ni.. Fuhhhhhhhhhh.. Cepat la masa berlalu yeee..
Oke la.. Sekian dulu la untuk entri ni..
Time to sleeepppppp.. Nite sume..

Wasalam..

Saturday 20 August 2011

Entri 10 Ramadhan: Rumah NEEYA dimasuki PENCURI !!

Salam..


Apa kabar korang? Da 2 hari kowt Neeya xmengupdate blog Neeya ni.. Sume ni gara2 kejadian dan kesibukan semenjak 2 hari ni.. 2 hari lepas 1 musibah telah menimpa Neeya n kawan2 serumah ni.. Rumah kitorang dah dimasuki penyangak pada waktu petang.. Aiii.. Bulan2 puasa pun tangan panjang kan.. Macam tau2 je waktu petang tade org kat umah ni coz sume g bazar ramadhan kan.. Nak dijadikan citer petang 2 kitaorg sume kuar pegi bazar.. Neeya pulak da balik bazar lgsung xnaik umah.. Terus pegi bukak puasa ngan  kawan Neeya.. Sebab da janji nak buka puasa ngan dia..  

Kawan Neeya lak A n D balik la umah kan.. Yang lagi 4 org  pulak buka puasa kat luar.. A n D langsung xperasan apa2 yang mencurigakan kat umah ktorg ni.. Sebab sume kemas n teratur.. Pintu pun  tade la terkopak ke apa kan.. Smooth je si pencuri buat keje kan.. Nak dijadikan citer.. Kami tersedar yang umah kami ni da dimasuki pencuri pun lepas kawan kami yang lg 4 org balik dlm pkul 10 malam.. So.. 2 laptop telah berhasil dicuri oleh si pencuri 2 kan.. 2 pun sebab laptop2 ditinggalkan kat ruang tamu.. Nasib baik la pintu bilik Neeya berkunci kan.. Kalau x kenduri la si pencuri 2.. 2 pun boleh dia xperasan kat ruang tamu tu ada 2 lagi laptop lain.. 

Aiiiiiii.. Bulan2 puasa buat keje kan.. Memang BERKAT sangat la keje ko 2 kan.. Eventhough lappy Neeya terselamat.. Tapi rasa bersimpati jugak la  pada 2 kawan Neeya yang laptopnye dicuri 2.. Pada malam 2 jugakla kami wat repot polis.. Tapi apa bole buat kan.. Barang2 macam laptop ni mmg susah la nak jumpa balik.. Apa pun Neeya bersyukur sangat2 sebab si pencuri masuk time kami tade kat umah.. Kalau la kami ada kat umah time 2.. Ape la nasib kami kan..

PESANAN KEPADA SI PENCURI:

Tuan laptop yang ko curi 2 dah semayang hajat..  Dia menyumpah ko kena panah dengan petir..  Ape la nasib ko lepas ni kan.. 2 la.. Nak sangat mencuri kat umah org kan..  Entah2 da mati  kena panah petir kot.. Padan dengan muka..!


Wasalam..


Thursday 18 August 2011

Entri 9 Ramadhan: Ciri-ciri Orang Kurang Bertamadun dan Cara Mengatasinya

Salam..

Hye korang.. Hari ni Neeya nak share kat korang sikit tips
untuk menghadapi orang yang KURANG BERTAMADUN..

Ciri-ciri Orang Kurang Bertamadun

  • Suka buat bising xkira pagi, petang, siang, malam , time buka puasa n sahur.
  • Suka pasang lagu kuat2.
  • Suka berlari2 dlm umah.
  • Suka menyalak n melalak.
  • Suka jaga tepi kain orang.
  • Dia bising xpe, mat rempit lalu dpn umah dia nak sentap.
  • Pentingkan diri sendiri.
  • Tidak menghormati isi rumah yang lain.
  • Annoying!
  • Terkinja2 macam beruk!
Klik untuk tumbesaran.. :D
So.. Seperti di atas ni la ciri2 org yang KURANG BERTAMADUN
ye korang.. So.. The solution is seperti di bawah..
  • Kasi pelempang je atas muka.
  • Sound straight to the point.
  • Buat bising jugak.. Kasi ajar sikit.
  • Pasang lampu terang2 time dorang tido.
  • Mengaji atau pasang CD Al-Qur'an.. Kasi insaf sikit.
  • Hempas pintu kuat2.. Padan muka!
Klik untuk tumbesaran.. XD
Hahaha.. So.. kepada korang yang mempunyai masalah ni..
Silalah cuba tips2 Neeya ni ye.. 
Kepada korang yang mempunyai ciri2 yang annoying 2..
Sila2 la berubah yeee.. Hormat sikit org lain.. 
Org lain 2 dah menyampah da dgn ko..
Renung2kan dan selamat beramal..

Wasalam..

Wednesday 17 August 2011

Entri 8 Ramadhan: My New Gadjet

Salam..

Hye peepssss.. korang apa kabar arini?
Alhamdulillah arini da masuk malam ke 18 kita di bulan Ramadhan..
Malam ni Neeya hepy sgt.. Coz i got my new gadjet..
Even xla secanggih mana kan.. tapi sukeee la..
Tapi sedih gak sbb terpaksa melepaskan E72 Neeya 2..
Da setahun lebih da Neeya guna hp 2..
Disebabkan kekurangan bajet terpakjsa la Neeya trade in kan..
Haaaa.. Ni la pic hp baru Neeya..


Ni pic ihsan google je..
Hehe.. So far.. Oke la hp ni..
Memuaskan hati Neeya..
Function dia pun oke la...
Oke la korang..
Ni je yang Neeya nak share 
ngan korang dalam entri ni..
Adiosss amiga..

Wasalam..


Friday 12 August 2011

Entri 7 Ramadhan: Resepi Spagetti Bolognese Neeya

Salam..

Hye peepsss.. Haa.. Nampaknya resepi spagetti Neeya 
petang tadi da menjadi.. Alhamdulillah.. Hilang kempunan
ni kan.. Malam ni Neeya nak share resepi Neeya ni..
Actually resepi ni Neeya dapat dari blog2 masakan..
Tapi Neeya da tambah tolak bahagi n darab.. So..
Hasilnya.. Jadi la Spagetti Bolognese Neeya ni..
Heeeeeee.. Sgt senang korang.. Korang bole cuba oke..
Resepi ni untuk 5 org tau...
Selamat mencuba..


Klik untuk tumbesaran berganda2

Klik untuk tumbesaran berganda2

Bahan-bahan:


1 Paket Spagetti (San Remo atau apa2 je.. Terpulang..)
1 Botol Sos Spagetti Kimball Selasih n Bawang
Daging cincang yang telah direbus (Nak guna ayam pun bole)
1 labu bawang besar dipotong dadu
Garam secukupnya
Air rebusan daging cincang (Ayam pun bole)
Cendawan Tiram (Nak guna cendawan butang pun bole)


Cara-cara (Spagetti):
  1. Masak air dalam periuk.
  2. Masukkan sedikit minyak masak dan secubit garam (Untuk elakkan melekat).
  3. Masukkan spagetti (Masak dalam 10 minit,jgn terlalu lembik atau terlalu keras).
  4. Toskan.

Cara-cara (Sos):
  1. Masukkan sedikit minyak ke dalam periuk. Masukkan bawang besar dan tumiskan sampai kekuningan.
  2. Masukkan daging yang telah direbus dan kacau sehingga sebati dengan bawang.
  3. Masukkan sos spagetti Kimball dan kacau.
  4. Masukkan air rebusan daging, jangan terlalu banyak sebab xnak cair.
  5. Masukkan cendawan dan kacau.
  6. Masukkan garam secukupnya.dan tunggu sehingga masak.
  7. Hidangkan dengan spagetti.
Selamat mencuba...

Wasalam..

Entri 6 Ramadhan: Saya Nak Masak Spagetti

Salam..

Hye sume.. Apa kabar korang arini??
Alhamdulillah hari ni da masuk hari ke-12 kita berpuasa..
Apa juadah korang berbuka hari ni ea? hari ni 
tiba2 lak tekak Neeya rasa nak makan spagetti kan..
Yelaaa.. Hari2 makan nasi.. hari ni nak tukar selera la pulak..
So.. Petang ni Neeya nak makan spagetti bolognese la..
Wahhh.. Kecur air liur lak rasa kan..
So.. Jap lagi Neeya nak bergerak ke Giant la..
Nak beli barang2 kan.. Heee..
Sekian entri ni..

Wasalam..

Tuesday 9 August 2011

Entri 5 Ramadhan: Malam ke-10

Salam..

Hye readers.. Da beberapa hari Neeya 
xmenghupdate blog ni..
Sebab ke'bz'an yang teramat maksima..
 So.. Malam ni baru la adachance nak mengarang kan.. Hehe.. 
Sorry ea.. Ayat BM saya
memang macam budak darjah 1 pun.. 
Tunggang-langgang..
So far.. hari ni da hari ke-9 berpuasa 
di bulan Ramadhan ni..
Haaa.. Malam ni da malam ke-10 da pun..
 Xterasa da 10 hari berpuasa..
Hari ni hari Selasa.. So.. Macm biasa la kan..
 Jadual Neeya sangat pack..
Pukul 7 baru abes claz.. 
Tapi nasib baik la lecturer 2 baek kan..
Kasi la balik awal 20 minit.. 
Badan sangat2223787466x la penat kan..
Tapi tetap gagahkan diri untuk karang entri ni.. 
Hari ni 1 peristiwa dah terjadi..
Peristiwa 2 agak kelakar..
 Memang klaka la.. tapi menyakitkan hati pun ada..
Sebab ada sorg Hamba Allah ni tersangatlah perasan kan.. 
Alaaa.. Cantikkkkk sangat lerrr dia 2.. Hahaha..
Rasa nak gelak sangat2.. Tapi xleh nak share kat sini la..
Sebab takut mengaibkan dia lak.. 
Di bulan puasa ni.. Kita perlu la menjaga kata2 
dan perbuatan kita kan..Tapi siyezz.. Agak klaka..
Tapi menyakitkankan hati Neeya jugak la..
 Disebabkan keperasanan tahap gaban dia 2 dia ckp mcm 2..
Adoiiii.. Kepada makcik perasan.. Jangan nak perasan sangat k..
Aku ni kan masih waras lagi.. Hehehehe..
Pakcik F tergelak besar kot bila aku citer kat dia..
Sekian la entri ni..

Wasalam..



Friday 5 August 2011

Entri 4 Ramadhan: Dalam Dilema

Salam..

Hadoiiii.. Actually Neeya dalam dilema ni..
Nak balik kampung @ x..
Kawan2 Neeya ni pun 1 hal..
Minggu lepas tanak lak ckp awal2 
nak balik arini.. Semalam time bukak puasa baru cakap..
Kalau Neeya dekat cam dorg xpelah..
Nak balik @ x??
Kalau xbalik dok umah sorg la malam ni..
kalau balik lak.. Ada tiket ke x malam ni?? 
Hadoiiiiiiiiiii.. Minggu lepas Neeya tanya dorg confirm ke nak
balik minggu depan, confidently dorg ckp
confirm kan.. Ni pe citer?? Aiyaaaaaa...
Really dalam dilema la skng ni..
APA NAK BUAT NI???
SAYA TANAK DOK UMA NI SORG2..
SAYA TAKOTTTTTTT..
Okey la.. Neeya nak kena fikir secara rasional ni..
Nak kena DEEP THINKING kan..
Chow Chin Chow..

Wasalam..

Entri 3 Ramadhan: Kepalsuan Hadis Kelebihan Solat Tarawikh

Salam..

Selamat berpuasa sume.. Alhamdulillah hari ni da masuk hari ke-5 kita berpuasa.. Neeya nak share dengan korang tentang kepalsuan hadis tentang kelebihan Solat Tarawikh.. Sebelum ni Neeya sendiri pun xtau tentang ni.. So, tengah Neeya mencari tentang fadhilat Solat Tarawikh, Neeya terjumpa la dengan artikel ni kat 1 web ni.. KLIK untuk ke web tersebut..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya. 

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. 

Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut : "Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya: 


  • Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala). 
  • Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. 
  • Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini. 
  • Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman. Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh 
Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan kewujudannya.

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim) 

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib). 

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan senuruk-buruk perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4). 

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..
Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari) 

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir) 

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya. 

Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah:

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi. 

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis sahih. 

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis sahih. 

4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu. 

Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini. 

Sekian.. 
Wallahualam..

Wasalam..

Thursday 4 August 2011

Wednesday 3 August 2011

Entri 2 Ramadhan: Saya dan Ramadhan

Salam..

Syukur alhamdulillah hari ni da hari kedua umat Islam berpuasa..
Neeya mcm mana ea? Adoi.. Wordless.. 
Hari ni xde claz petang.. So.. Ari ni Neeya berkesempatan 
la untuk ke bazarramadhan kat Sec 7 ni.. 
Actually agak excited untuk p bazar 2 sbb nak makan 
nasi kerabu yang Neeya beli ari2.. 
Tapi frust sbb org yang jual ari2 da xde..
Kat bazar 2 xbanyak pun mknan yang best..
 So Neeya decide untuk beli kuih pau
n air tebu je.. Ada je org lain yang jual nasi kerabu.. 
Tapi nampak xmenyelerakan la..
Tapi otw balik umah ternampak lak kedai jual nasi kukus.. 
Da alang2 da lama xmkn nasi kukus Neeya 
singgah la kat kedai nasi kukus 2..
Emmm.. Sedap.. Bole tahan la.. 
Tiba2 lak ingat Kedai Nasi Kukus Sempoi kat
Gong Badak.. Area umah Neeya.. Lama xmakan nasi kukus 2..
Isshhhh.. Bulan puasa ni besar pulak nafsu makan ni..
Okey la korang.. Jumpa lagi dalam next entri..

Wasalam..

Siapa Wanita di sebalik Spek Hitam Khairul Fahmi Che Mat????


Salam..
Lagi pasal Khairul fahmi Che Mat..
Cuba korang zoom gambar ni..
Tengok spek mata KFCM ni..
Siapakah wanita di sebalik spek mata
KFCM yang sedang amek pic dia ni dia sebuah hotel???
Artikel lanjut.. Sila ke Beautifulnara..
Renung2kan dan selamat berbuka puasa..
Wasalam..

Tuesday 2 August 2011

10 Isu Berbangkit Pada Kes Khairul Fahmi Putus Tunang!

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)
1. Keputusan Nekad Putus Tunang


"Sebenarnya keputusan saya mahu putuskan tali pertunangan dengan Elia, bukanlah keputusan yang dibuat secara terburu-buru. Saya sendiri sudah pun berbincang dengan keluarga saya. Malah, saya sendiri ada menghubungi Elia untuk berbincangkan tentang keputusan penting ini.

Namun, Elia seakan tidak memberikan sebarang kata-kata sama ada mahu atau tidak. Dia memberikan tanda tanya kepada saya. Terpulanglah jikalau dia mengatakan saya tidak ada berbincang dengannya.

Insya Allah, dalam masa terdekat ini keluarga saya akan datang berjumpa dengan keluarga dia untuk mengesahkan perkara ini dengan lebih rasmi. Apapun, saya memohon maaf andaikata keputusan ini menyinggung hati banyak pihak. Saya merasakan ini adalah keputusan yang terbaik buat Elia, saya, keluarga dan sesiapa saja yang terlibat secara langsung atau tidak.

2. Tiada Kena Mengena Orang Ketiga

Sudah pun saya jelaskan sebelum ini, keputusan putus tunang tiada kena mengena dengan orang ketiga. Apatah lagi dengan wanita yang bernama Dahlia itu. Saya mengaku memang saya berkawan dengan Dahlia. Namun hubungan saya tidak lebih sebagai abang dan adik. Lagi pun, Dahlia adalah kawan sekampung saya. Umur dia baru saja 18 tahun. Saya pun rapat dengan famili Dahlia dan menganggap mereka sebagai keluarga angkat.

Minta maaf semua kerana saya tak boleh nak jelaskan lebih panjang tentang kes orang ketiga ini. Saya takut, jika makin saya buka mulut perkara yang tidak sepatutnya diketahui umum tersebar tanpa pengetahuan saya. Malah, saya tak mahu orang berprasangka buruk lagi terhadap kami berdua. Cukuplah sampai di sini saja. Saya tak mahu aibkan orang. Biarlah saya telan sendiri kepahitan yang menghantui diri saya ini. Apapun, saya berterima kasih kepada pihak yang mengambil berat tentang diri saya terutama sekali pihak media."

3. Tuduhan Dirinya Sebagai Kaki Perempuan

"Sebaik saja saya mendengar dakwaan tentang saya ni kaki perempuan, saya nak tergelak dan tertanya-tanya bagaimana cerita sebegini boleh tersebar. Setiap hari, jadual saya sibuk dengan latihan bola sepak sehinggakan saya tiada masa untuk bersosial bersama dengan rakan-rakan rapat. Sampaikan saya tiada masa untuk pulang ke kampung. Malah, bila saya diberikan cuti, saya lebih gemar pulang ke kampung dan berehat bersama keluarga di Kelantan.

Tentang gambar-gambar saya dengan perempuan yang tersebar itu, saya hanya boleh cakap, ada antara wanita dalam gambar itu saya sendiri tak kenal siapa namanya melainkan dia adalah kawan saya. Saya cuma tahu wanita-wanita itu adalah peminat saya yang menyokong karier saya sebagai penjaga gol kebangsaan.

Saya boleh mengaku, adakala saya keluar dengan teman perempuan lain selain Elia tetapi waktu itu saya keluar beramai-ramai bersama kawan saya yang lain. Mungkin, jika ada orang ternampak saya keluar berdua saja kerana waktu itu kawan saya yang datang bersama pergi ke tempat lain. Jadi, ia secara kebetulan saja. Apapun, salah ke saya ni nak keluarga berbual dengan perempuan. Sebagai umat Islam, saya tahu batas pergaulan lelaki dan perempuan.

4. Isu facebook

Disebabkan terlalu sibuk, saya sendiri tiada masa untuk mengemas kini facebook saya. Untuk pengetahuan semua, sekarang ini facebook saya tidak lagi diaktifkan bukanlah kerana saya. Saya sendiri tak tahu akaun saya sudah tiada lagi. Apa yang saya tahu, akaun Facebook saya sudah pun dihacked.

Jadi, saya minta kepada semua penyokong saya, agar jangan terlalu mempercayai apa yang tertulis di ruangan facebook itu. Sekarang ini, saya masih belum berkesempatan untuk membuat akaun baru. Insya-Allah, bila masa sesuai, saya akan mewar-warkan pada semua tentang akaun facebook saya yang baru.

5. Tidak Menjawab Panggilan Telefon Dari Elia

Saya tidak pernah sekali pun mengelak panggilan telefon dari Elia. Mungkin jua, masa dia menelefon saya waktu itu, saya sedang sibuk dengan latihan dan perbincangan. Terus-terang, komitmen saya makin besar. Mungkin, apa yang Elia sampaikan itu adalah salah faham saja. Sebelum saya membuat keputusan menghubungi media Jumaat lalu (29 Julai 2011), saya memang ada menelefonnya.

6. Campurtangan Pihak Keluarga

Untuk memilih siapakah yang bakal menjadi suri dalam hidup kita perlulah menitik beratkan banyak perkara. Jadi, saya tidak boleh pentingkan diri sendiri. Sungguhpun saya dah berkahwin nanti, sebagai lelaki, tanggungjawab saya lebih besar pada keluarga.

Memang benar, apa yang berlaku sebelum ini ada melibatkan campurtangan dari kedua-dua belah pihak. Namun, biarlah saya seorang saja yang tahu. Sekali lagi, saya tak mahu mengaibkan orang lain. Saya hanya mampu melafazkan terima kasih kerana mereka sangat mengambil berat tentang saya.

7. Berpegang-tangan, berikan kasut dan kereta lama kepada Dahlia

Semua tuduhan ini adalah fitnah semata-mata. Saya tidak pernah membuat semua perkara ini. Malah, saya bukanlah kekasih baru Dahlia atau pun Sugar Daddy kepada Dahlia. Saya tidak pernah membelikannya kasut baru. Malah, saya sendiri tak ada pun memberikan kereta lama saya pada Dahlia. Kereta itu ada pada kakak saya dan kereta tersebut adalah kereta lama saya sebelum saya beli kereta baru. Kereta itu pun atas nama kakak saya bukan saya.

8. Sudah Lupa Diri

Sebagai hamba Allah, kita tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Jika benar orang mendakwa dan lihat saya ni sudah lupa diri, saya minta maaf. Namun, sebagai manusia yang ada pendirian, saya rasa saya masih lagi Apex yang dulu. Insan dicipta tidak sempurna. Adakala manusia tidak sedar adakah perkara itu benar atau pun salah. Kadang-kala perkara itu benar bagi saya tetapi tidak bagi orang lain.

Apa yang saya tahu, saya bukan Apex yang dulu sebab kini ramai yang yang mual kenali diri saya. Saya tahu ini adalah tanggungjawab yang diberikan kepada saya. InsyaAllah, saya akan pikul tanggungjawab ini dengan sebaiknya. Namun, saya tahu bukan mudah nak puaskan hati semua orang. Apa yang saya boleh lakukan, hanya melakukan sesuatu yang boleh mengharumkan nama negara ke peringkat lebih tinggi.

9. Gila Glamor dan Cari Publisiti Murahan

Saya bukan gila glamor dan cari publisiti murahan. Apa yang saya peroleh sekarang ini adalah hasil penghormatan ikhlas dari anda semua. Saya tak pernah pun terhegeh-hegeh untuk cari populariti. Saya hanya laksanakan tugasan saya sebagai penjaga gol kebangsaan.

Keputusan putus tunang ini pun diberitahu media kerana saya tahu, media adalah orang terdekat yang boleh memberitahu kepada semua orang cerita sebenar saya. Saya mahu berlaku adil pada diri saya, keluarga saya, keluarga Elia dan semua penyokong saya.

10. Memohon Maaf

Saya masih belum berjaya lagi. Saya masih lagi berusaha untuk menjadi terbaik. Kalau boleh saya mahu cipta sejarah baru. Apapun, saya tidak akan lokek untuk meminta maaf andaikata perkara yang berbangkit ini datang dari kesilapan saya. Mungkin, waktu itu saya tak sedar apa yang saya katakan sebelum ini membuatkan hati orang lain terluka. Saya hanya mampu meminta maaf. Tak kisahlah sebesar zarah seseorang itu melakukan kesalahan, sebagai makhluk yang dicipta Allah, meminta maaf adalah jalan terbaik.Saya harap, semua dapat terima dengan segala penjelasan ini.

Selepas ini, saya mahu terus berbakti kepada negara dan mahu lebih fokus pada karier. Namun, saya tahu saya tak boleh lari dari berkongsi kisah peribadi saya. Insya-Allah, jika perlu saya akan berkongsi. Kepada pihak media yang lain, saya mohon maaf kerana tidak dapat memberikan kerjasama. Saya terharu dengan keprihatinan anda semua. Saya tahu, anda semua hanya melakukan tugasan anda. Kalau saya ditempat anda, mungkin jua saya melakukan perkara yang sama. Sekali lagi, saya minta maaf kepada semua dan terima kasih kerana menyokong saya tanpa putus.

P/S: Xperlu hebahkan apa yang belum pasti..
Sumber: Murai

Monday 1 August 2011

Khairul Fahmi Tak Cakap Apa kat Elia??

Salam..
Huhu.. Belum abes lagi pasal Elia n Khairul Fahmi ni..
Semalam Harian Metro da siarkan kenyataan Khairul Fahmi..
Hari ni sebelah pihak Elia pulak..
Mana 1 yang betul ni?? Entahhh laaaa..
Korang pk la sndiri.. Neeya pun xtau nak komen pe da..


KUALA LUMPUR: “Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam),” kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat. 
Sehubungan itu, Aimie Harmelia atau lebih mesra dengan panggilan Elia menafikan dakwaan Khairul Fahmi keputusan memutuskan pertunangan diambil selepas berbincang dengannya. 
“Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,” katanya ketika dihubungi, semalam. 
Elia berkata, pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah mereka. 
“Apabila diajak berbincang, pelbagai alasan diberikan malah saya pergi berjumpanya selepas perlawanan persahabatan skuad negara menentang Liverpool pertengahan bulan lalu untuk menyelesaikan masalah kami, namun ditolaknya,” katanya. 
Mengenai kenyataan Khairul Fahmi pertunangan mereka berakhir bukan kerana orang ketiga, Elia menegaskan kenyataan itu hanya helah Khairul Fahmi untuk `menyelamatkan' dirinya sedangkan banyak bukti menunjukkan dia ada hubungan dengan wanita lain. 
“Pada saya punca sebenar masalah kami memang disebabkan orang ketiga dan saya mempunyai bukti kukuh mengenainya. Mungkin disebabkan itu dia enggan bertemu saya,” dakwanya. 
Elia mendakwa, kewujudan orang ketiga dalam perhubungannya dengan Khairul Fahmi sudah diketahuinya sejak awal Julai lalu melalui pelbagai petunjuk, malah selepas diselidikinya dia percaya Khairul Fahmi ada hubungan dengan wanita lain sebelum mereka bertunang lagi. 
“Saya tidak henti-henti berdoa supaya Allah berikan petunjuk bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara kami. Tak sangka, tak lama selepas itu ada seorang wanita datang berjumpa saya dan mengaku ada hubungan istimewa dengan Khairul Fahmi,” katanya. 
Menjawab satu soalan, Elia mengaku ada mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial facebook mengenai tindakan Khairul Fahmi menengking ibunya (Elia) 
“Mungkin tindakan itu salah saya, tapi selepas itu saya mendiamkan diri dan tidak keluarkan sebarang kenyataan lagi sebab ingin memberi masa kepadanya memulihkan keadaan. Tidak sangka pula dia sudah buat keputusan dan menghebahkan di akhbar tanpa berbincang terlebih dulu dengan saya,” katanya. 
Elia berkata, tindakan Khairul Fahmi memutuskan pertunangan memang dikesalinya kerana dia sudah menyiapkan sedikit sebanyak persiapan untuk perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada hujung Oktober ini. 
Sementara itu, ibu Elia yang enggan namanya disiarkan berkata, walaupun sedih dengan apa yang berlaku dia bersyukur kerana Allah memberikan petunjuk sebelum perkahwinan anaknya berlangsung. “Namun, mak cik minta dia (Khairul Fahmi) selesaikan semua ini dengan cara baik. Jika dulu dia meminang anak mak cik dengan cara baik, seeloknya mahu putus pun biarlah dengan cara baik, bukan cara sebegini,” katanya. 


Sumber: HMetro 

Entri 1 Ramadhan: Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Salam..

Alhamdulillah.. 
Neeya baru je lepas berbuka puasa.. 
Haaa.. macam mana 1st day puasa korang untuk tahun ni?
Hari ni Neeya berbuka dengan Nasi Kerabu n Air Tebu..
Kenyangggggg sgt.. Korang berbuka makan pe arini?
Tiba2 terasa rindu kat masakan mama..
Bila la dapat balik berbuka puasa ngan family ea??
Alangkah bestnyee suasana berbuka puasa dengan family..
Sayuuuuu la pulak rasa kan.. Hehee..
Mama, Abah, Angah, Kakaq, Kak Cik n Adeq.. Nanti
Kak Long balik berbuka ngan kamooo sume k..
Kak Long rindu sangat dengan buah2 hati Kak Long ni..
Okeyla korang..
Dikesempatan ini Neeya nak ucapkan
Selamat Berpuasa..
Semoga Ramadhan tahun ni memberi seribu erti kepada kita..
Amin..

Wasalam..

KLIK SINI

Miss iPod