KLIK SINI

Followers

Sunday 26 June 2011

Creative n Cute Doodles


Suka doodles ni..
Sangat creative kan..
Kalau la Neeya creative macam ni.. 
Kan besttt.






Thursday 23 June 2011

Luahan Hati

Ya Allah..
Hanya Kau yang tahu perasaan hambaMu di kala ni..
Aku seorang insan yang lemah Ya Allah..
Aku tak sanggup menghadapi ujianMu ini..
Aku terlalu sedih Ya Allah..
Aku terasa ujian ini terlalu besar..
Tidak mampu aku menggalas derita ini..
Tolonglah tunjukkan aku jalan yang benar..
Jalan yang diredhaiMu Ya Allah..
Jika dia bukan untuk aku..
Sejukkanlah hatiku ini..
Tenangkanlah hati ini..
Tunjukkanlah padaku..
Jalan yang diredhaiMu..
Amin..

Monday 20 June 2011

Part 3: No Misteri (Final)

Salam..

Hye korang.. Apa kabar korang malam ni??
Nampaknya malam ni blog Neeya da ada follower yang ke-88..
No misteri yang 88 tu adalah untuk follower Neeya yang ke-88..

Klik untuk tumbesaran

Xde hadiah special yang Neeya ley kasi..
Cuma Neeya nak promote blog jejaka ni haaaa..

Klik untuk tumbesaran
Nama blog ni ialah From End to Begginning..
Neeya xsure sangat nama pemilik blog ni..
Tapi kat blog ni ada tertulis IETCHAN..
Neeya rasa blog ni still baru lagi cam blog Neeya..
Apa pun.. Thanx IETCHAN sebab jadi follower Neeya yang ke 88..
Kenapa 88 ea?? Sebabnye Neeya lahir pada tahun 88..
So.. Neeya saje je pilih no 88 ni dan nak promot blog follower Neeya yang ke-88..
So.. Kawan2.. Jom kita pegi serbu dan follow IETCHAN oke..
KLIK kat sini untuk ke blog IETCHAN..
Sekian untuk entri kali ni..

Wasalam..

p/s: Sambil2 korang skodeng blog IETCHAN.. Sila la klik iklan nuffnang ye.. HIHI..

Cara Seorang Pendidik Melayan Adik AKU !

Salam..

Hari ni Neeya rasa hoTTttzZZzzzzz sangat2..
Mana tak nye! Mana pergi etika seorang guru???
Al-kisahnyaa.. Neeya ni ada sorang adik yang bakal menduduki UPSR
tahun ni.. Kak Chik la.. Kak Chik ni adik Neeya yang slalu sakit..
Dari kecik lagi slalu demam2 n sawan terbeliak mata 2.. Tapi alhamdulillah..
Dia still dapat tempat kat class pertama n salah sorg student target 5A..
Walaupun jadi student target 5A.. Tapi adik Neeya ni xpernah dapat A untuk subjek Matematik..
Yang nak dijadikan hott nye ada la sorg cikgu Matematik ni..
Nama dia Cikgu Norlia****.. Dah menimbulkan kemarahan kami sekeluarga..
Adik aku ni dahla lemah Matematik.. Patutnye ko ajar dia sampai pandai..
Bukannnye conteng muka dia ngan PEN! Adik aku salah jawab soalan Matematik, 
bole ko pegi baling DUSTER kat adik aku sorg je..???
Padahal melambak lagi budak lain yang salah kan???
Apehal yang ko benci sangat adik aku ni???
Adik aku wat pe kat ko?? Adik aku ni dahla pendiam..
Suka simpan masalah sorang2.. Sampai balik umah pun da xnak belajar..
Aku nak ajar dia pun dia da xnak.. Sampai xde semangat nak belajar budak 2 ko buat..
Apa kessss cikgu??????? Hilang respect aku kat pendidik macam ko ni!
Kadang2 dok termenung sorg2, malas pegi class tambahan sebeb ko yang ajar..
Pagi tadi abah aku p jumpa ko.. Cakap elok2 ngan ko.. Citer masalah adik aku..
Bole pulak ko xngaku kat abah aku ko conteng muka dia.. Dasar talam 10 muka..
Boleh pulak ko balas dendam kat adik aku time class tadi kan??
Ko wat adik aku macam xwujud kan??? Bila tiba giliran adik aku kena
jawab soalan ko suruh kawan dia yang jawab kan.. Dasar cikgu gila !
Pilih kasihhhhhh! Layak ke ko jadi CIKGU???
Nasib baik la time aku skola rendah dulu ko bukan cikgu aku..
Aku xde rasa bersalah nak mengata ko!
Aku memang hangin la ngan ko.. Sebelum ni ko berani marah adik aku je..
Sekarang ko da berani nak conteng muka adik aku n lempar duster ea..
Nasib baik xkena muka dia.. Memang kurang ajar la ko ni kan..
Hati aku ni memang panas la.. Aku xtau ko ni jenis cikgu pe..
Xpelah cikgu.. Terima kasih banyak2 la cikgu.. 
Aku rasa ko ni da gila agaknye.. Kena sawan babi ke ko ni?????
Huhuhu.. Teremo lebih pulak Neeya..
Memang sangat sakit hati la.. Pada cikgu2 yang baca entri ni..
Pleaseeeee sangat jauhi la sikap yang xelok ni..
Bayangkan la kalau anak atau adik anda diperlakukan begitu..
Apa perasaan anda??
Sepatutnya anda menjadi teladan yang baik.. Bukan jadi setan..!
Renung2kanlah.. Dan selamat beramal!

Wasalam..

Saturday 18 June 2011

Part 2: No Misteri


Entri ke-2 no misteri selepas Part 1: No Misteri
.
.
.
.
.
No apakahhhhh????
.
.
.
.
.
Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...
.
.
.
.
.


P/s: Lagi yang menarik kat sini.. KLIK..

Tuesday 14 June 2011

Laptop Saya Kena Kidnap

Salam..

Alamak... Laptop Neeya kena kidnap...
Rasa sangat sedih..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Neeya rasa sedih sangat..
Sangat2 sedih.. Apelah Kakaq amek lappy Kak Long..
Nasib baik ada Netbook Kak Chik n nasib baik gak Kakaq xkidnap 
BERUKBAND 
Kak Long sekali..
Dapat laaa Kak Long online.. 
Arini 1st day Neeya kat kampung untuk
sesi cuti selama SEBULAN..
Repeat.. SEBULAN..
Wahhhhhh.. Best dowhhhh..
Korang ada cuti sebulan x??
Korang yang still study may be ngah cuti gak kan..
Yang da keje 2 jangan jelessss oke..
Ahaksss..
Sekian saja la untuk entri merepek kali ini..
Sayang korang.. Mmuacksssssss..

Wasalam..

Sunday 12 June 2011

Gambar sekitar Piala FA 2011














Terengganu Menggondol Juara untuk Piala FA 2011

Salam...

Alhamdulillah.. Syukur alhamdulillah semalam Terengganu telah berjaya mengalahkan Kelantan untuk Piala FA..Tak sia2 Neeya dok tercongok depan tv dari pukul 830.. So far.. Semalam kedua2 pasukan bermain dengan sangat bagus.. Tapi kemenangan menyebelahi pasukan Terengganu.. Of cos la Neeya suka kan sebab pasukan dari negeri Neeya yang menang.. Sayang Terengganu lebihhhhh la.. Neeya nak ucapkan jutaaaannnnn terima kasih kepada Daudsu sebab bagi peluang kat Terengganu untuk menang.. Bagi Neeya penyokong2 Kelantan xpatut salahkan dia.. Sebab dia nak elakkan bola masuk gol.. Sebab 2 la dia tanduk.. Tapi malangnya tandukkan dia yang sebabkan bola masuk gol dia sendiri.. At least he try kan.. Kat bawah ni Neeya nak share ngan korang keratan akhbar dari Kosmo..



‘TERIMA kasih Daudsu Jamaluddin’. 

Gara-gara tertanduk bola ke gawang sendiri, Daudsu membuka jalan kepada Terengganu muncul juara Piala FA 2011 setelah menewaskan Kelantan 2-1 pada aksi final penuh dramatik di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berlarutan hingga ke masa tambahan malam tadi.
Ketika Kelantan sudah berada di ambang kemenangan hasil jaringan Nurul Azwan Roya pada minit ke-78, Terengganu berjaya menyamakan kedudukan ketika masa kecederaan berbaki lima saat menerusi gol sendiri Daudsu.
Dengan perlawanan dijangka sekali lagi akan berlarutan ke penentuan sepakan penalti buat tahun ketiga berturut-turut, pemain gantian, Ahmad Nordin Alias muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan Terengganu pada minit ke-108.
Kejayaan tersebut membolehkan Terengganu yang dibimbing Irfan Bakti Abu Salim merangkul kejuaraan kedua Piala FA setelah melakukannya kali pertama pada tahun 2000.
Manakala Kelantan yang dibimbing Datuk M. Karathu terus kempunan untuk menjulang Piala FA setelah percubaan kali pertama mereka pada 2009 dikecewakan oleh Selangor.
Beraksi di hadapan 85,000 penonton, kedua-dua pasukan mempamerkan rentak permainan seimbang dan saling berbalas serangan pada separuh masa pertama tetapi tiada banyak percubaan berbahaya terhasil.
Terengganu mendapat peluang terbaik pada minit ke-20 menerusi rembatan Abdul Hadi Yahaya dari dalam kotak penalti namun berjaya ditampan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.
Peluang terbaik Kelantan pula hanya hadir pada minit ke-40 tetapi percubaan Norshahrul Idlan Talaha dari sebelah kiri ditepis keluar penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee Ramli.
Bersambung babak kedua, kerancakan aksi pada enam minit pertama terganggu apabila lontaran mercun oleh penyokong Kelantan hampir terkena Sharbinee pada minit ke-51 dan permainan terpaksa dihentikan selama empat minit.
Hanya seminit selepas aksi bersambung, Joseph Kalang Tie melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti tetapi Khairul Fahmi tangkas menafikannya.
Pada minit ke-67, kesilapan Sharbinee menangkap kemas bola hampir dihukum penyerang gantian Kelantan, Ramzul Zahini Adenan tetapi sepakannya sempat dihadang keluar oleh Ismail Faruqi Ashari.
Akhirnya gol yang dicari Kelantan menjelma pada minit ke-78 apabila lorongan cantik pemain tengah, Shakir Shaari berjaya disudahkan dengan kuisan lambung oleh Nurul Azwan.
Sikap tidak berputus asa para pemain Terengganu berbaloi apabila mereka berjaya mendapatkan gol penyamaan pada saat-saat terakhir separuh masa kedua.
Rembatan penyerang Terengganu, Abdul Manaf Mamat cuba dikeluarkan Daudsu di atas garisan gol tetapi pemain pertahanan Kelantan itu sekadar tertanduk bola ke gawang sendiri.
Ia sekali gus memaksa permainan berlarutan ke masa tambahan selama 30 minit. Pada minit ke-108, Ahmad Nordin muncul wira Terengganu apabila merembat masuk gol kedua pasukannya untuk memastikan kemenangan 2-1.
Dengan kejayaan itu, Terengganu berjaya mendapatkan slot untuk beraksi pada saingan Piala AFC 2012. Kapten Terengganu, Mazuki Yusof dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.
TERENGGANU: Sharbinee Allawee, Helmi Remeli, Mazuki Yusof (K), Mazlizam Mohamad, Zubir Azmi, Joseph Kalang Tie, Reeshafiq Alwi, Ismail Faruqi, Ashari Samsudin, Abdul Manaf Mamat, Abdul Hadi Yahaya.




KELANTAN: Khairul Fahmi Che Mat, Daudsu Jamaludin, S. Subramaniam, Farisham Ismail, Zairul Fitree, S. Chanthuru, Shakir Shaari, Badhri Radzi (K), Nurul Azwan Roya, Izuan Solahuddin, Norshahrul Idlan Talaha.


Songeh2: Dulu Neeya minat sangat dengan Khairul Fahmi Che Mat.. Tapi skng d'sbbkan ada org yang over sangat ske publish citer pasal dia.. Da meluat da.. Dari A-Z nak citer.. Xpayahlah.. Be matured la sikit oke..


Wasalam...

Saturday 11 June 2011

Rahsia Rambut dan Anda

Salam..

Hye sume.. Malam ni tiba2 lak terasa nak wat entri pasal rambut.. Haaaaa... Apakah jenis rambut korang?? Kerinting?? Lurus?? Botak?? Ikal?? Jom ketahui rahsia rambut dan anda...

  • RAMBUT LURUS  
Orang yang memiliki rambut lurus digambarkan sebagai seorang yang bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan.
 

  • RAMBUT KERINTING TEBAL 
Orang yang memiliki rambut kerinting tebal digambarkan sebagai seorang yang kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantik,banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri dan tidak suka termenung.
 

  • RAMBUT KERINTING NEGRO  
Orang yang memiliki rambut kerinting negro digambarkan sebagai seorang yang bijak, ego, cemburu buta, romantik, memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah.


  • RAMBUT IKAL MAYANG 
Orang yang memiliki rambut ikal mayang digambarkan sebagai seorang yang bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorangdengan kesilapan lalu.

  •  RAMBUT HALUS atau LEMBUT  
Orang yang memiliki rambut halus dan lembut ini digambarkan sebagai seorang yang bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.
 

  • RAMBUT TEBAL 
Orang yang memiliki rambut tebal ini digambarkan sebagai seorang yang bijak, degil, cemburu, romantik, kasar, banyak kawan dan pandai mengambil hati seseorang.
 

  • RAMBUT KUSUT 
Orang yang memiliki rambut kusut ini digambarkan sebagai seorang yang sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.

  • RAMBUT SIKIT atau JARANG
Orang yang memiliki rambut sikit atau jarang ini digambarkan sebagai seorang yang sangat bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego,dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.


Ni la serba sedikit rahsia rambut yang Neeya nak share ngan korang.. Rambut korang yang mana 1?? Pada sape2 yang mempunyai rambut jarang 2 sila la ke Yun Nam Hair Care oke.. Miahahahahahahaha...

Wasalam..


KLIK SINI

Miss iPod