KLIK SINI

Followers

Tuesday 26 July 2011

HUBUNGAN KHAIRUL FAHMI DAN ELIA BERMASALAH


PANASSSSS!!!!!! Semua pun dah tahu penjaga gol Harimau Malaya, Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai  Apek telah pun selamat bertunang dengan Elia. Kononnya pasangan ini memang loving couple la. Ke mana sahaja pun bersama. Tapi baru-baru ini ada sumber mengatakan telah nampak si Fahmi ni berjalan dengan seorang wanita sambil berpegangan tangan. Memang mesra la cara mereka berdua. Macam pasangan kekasih. Apa yang menariknya sumber mengatakan perempuan tersebut lebih hot dan lebih cantik dari tunangnya si Fahmi, Elia. Apa kes ni Fahmi?? Selain itu, di blog Elian, latest entry yang dibuat olehnya mengenai doaku buat kekasih juga menimbulkan seribu tanda tanya. Jika di baca entry ini seperti ada sesuatu yang sedang melanda hubungan Elia dan Fahmi. Hmm apa dah berlaku kepada hubungan mereka???Adakah hubungan mereka sedang mengalami keretakan??? Adakah disebabkan orang ketiga??? Tak tahulah sama ada perkara ini benar atau tidak. Harap-harap ni gosip semata-mata. Tapi masakan pokok bergoyang jika tiada angin. Apa-apa pun tunggu Fahmi dan Elia buat penjelasan.


http://jejariruncing.blogspot.com/

Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi

Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera

Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa

Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU
Amin. 

No comments:

KLIK SINI

Miss iPod