KLIK SINI

Followers

Wednesday 30 March 2011

Taman Tema Upin Ipin

Assalamualaikum..

Hari ni Miss Marsh ada terbaca pada surat khabar Harian Metro yang Les' Copaque production Sdn Bhd yang terkenal dengan siri kartun Upin Ipin bercadang membangunkan taman tema berkonsepkan siri ani masi tu. Wow,sangat menarik kan! Pada pendapat Miss Marsh la kan idea ni sangat bagus.. Dengan terbinanya taman tema seperti ini, tentu lebih ramai pelancong yang akan datang melancong ke Malaysia kan?? Buat pengetahuan semua siri animasi Upin Ipin ni memang terkenal sampai ke Indonesia dan sebuah syarikat dari negara republik itu pun pernah mencadangkan untuk membangunkan taman tema tersebut di Indonesia tetapi ditolak oleh syarikat Les' Copaque. 

Di bawah ni Miss Marsh sertakan artikel berkenaan Tama Tema Upin Ipin ni yang diperolehi dari HMetro online..



Les’ Copaque bangun taman tema RM200 juta

Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my




IKON...Burhanuddin (kanan) dan Dr Ahmad bersama maskot Upin & Ipin.
IKON...Burhanuddin (kanan) dan Dr Ahmad bersama maskot Upin & Ipin.

SYARIKAT animasi tempatan, Les’ Copaque Production Sdn Bhd (Les’ Copaque) yang terkenal menerusi siri kartun Upin & Ipin bercadang membangunkan taman tema berkonsepkan siri animasi itu membabitkan kos kira-kira RM200 juta di Perak. 
Pengarah Urusannya, Burhanuddin Md Radzi berkata, ketika ini pihaknya sedang berbincang dengan KPerak Implementation and Coordination Corporation (KPerak) mengenai lokasi sesuai untuk pembinaan taman tema yang mampu menjadi mercu tanda baru negeri Perak, sekali gus melonjakkan bidang pelancongan di negeri itu.  
Beliau berkata, pihaknya kini masih dalam perbincangan bagi memastikan lokasi yang dipilih kelak mampu menjana industri pelancongan di negeri berkenaan.  
“Sebelum ini, kami turut menerima cadangan daripada syarikat berpangkalan di Indonesia bagi membangunkan taman tema Upin & Ipin di republik berkenaan. 
“Bagaimanapun, kami terpaksa menolak tawaran itu kerana mahu identiti Upin & Ipin dibina di negara ini sekali gus menjadikannya ikon kepada pelancong luar negara,” katanya ketika ditemui pada sidang media sempena Karnival Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Perak bersama Upin & Ipin di Perak Techno Trade Centre (PTTC) di Ipoh, Perak semalam. 
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif KPerak, Dr Ahmad Kamil Mahmood.

No comments:

KLIK SINI

Miss iPod