KLIK SINI

Followers

Sunday 11 December 2011

Gerhana Bulan Penuh

Salam..

Hye korang.. Ada lagi ke yang lom tido ni??
Korang dpt tgk gerhana bulan penuh x??
Neeya xdpt tgk laaa sbb ptg td hujan..
Tapi tapee.. Kat tenet ni adaa.. Bole tgk kan..

Buat pengetahuan korg.. Bulan yang beredar dengan had laju relative
1,800 kilometer sejam akan mula memasuki zon bayang
luar bumi pada kira-kira pukul 7.33 malam.
Bayang bumi akan mula menyentuh sisi sebelah kanan bulan
tepat pukul 8.46 malam menandakan permulaan fasa gerhana bulan dan
masa yang diambil oleh bayang gelap itu untuk menyapu keseluruhan
muka bulan hanya 75 minit.

Selepas itu bulan akan mengalami gerhana penuh selama
kira-kira 48 minit, kelihatan seperti sebiji bola raksasa berwarna
kuning tembaga kerana kesan serakan cahaya dari kawasan bayang luar.

Suasana di Planetarium Negara

Peringkat pertengahan gerhana penuh itu dihitung berlaku
pada pukul 10.32 malam ketika ketiga-tiga jasad samawi iaitu bulan,
bumi dan matahari berada dalam kedudukan satu garisan dan satu satah.

Ia juga menandakan fasa purnama Muharam 1433 Hijrah
yang sama dengan kemuncak gerhana
penuh dan jangkamasa bulan melewati
kawasan bayang dalam bumi ialah selama
tiga jam 22 minit sehingga gerhana berakhir pukul 12.18 pagi.

Fenomena sama kali terakhir berlaku pada bulan Jun tahun lalu
namun sedikit berbeza apabila ia dapat dilihat waktu siang
berbanding malam pada malam ini.
Solat sunat gerhana bulan di negara ini pula boleh dilakukan sebaik
sahaja bayang bumi mula kelihatan di permukaan
bulan iaitu kira-kira pukul 8.46 malam.

8.50 p.m
Bulan mula memasuki bayang umbra bumi
disebalik awan


9.15 p.m


9.17 p.m


9.21 p.m


9.25 p.m


10.07 p.m


10.15 p.m


10.16 p.m


10.38 p.m


10.46 p.m


10.53 p.m





No comments:

KLIK SINI

Miss iPod