KLIK SINI

Followers

Saturday, 16 July 2011

Cuti Dah Abes..!

Salam..

Hye korang sume.. Apa kabar arini?
Malam ni Neeya akan bergerak ke Shah Alam..
Cuti da abes lol.. Urghhhhh.. Rasa sangat malas la
nak ke Shah Alam.. Tapi apa bole buat.. Sebagai
sorang student, Neeya harus menunaikan tanggungjawab
Neeya pada pelajaran kan.. Warghhhhhh..
Ayat xbole blah.. Betul ke ayat ni?? Ntah.. Da lama
tinggal subjek Bahasa Melayu.. Hikhik..
Korang sume jangan lupa doakan Neeya selamat sampai ke
Shah Alam ea.. Sem ni azam baru.. Nak belajar lebih gigih dan
lebih bersungguh-sungguh.. Cewahhhhhh.. Tape2..
Usaha kan tangga kejayaan.. Nak berusaha kena ada azam dan
cita-cita kan?? Okeyla korang, jumpa lagi kat entri lain oke..
Sayang korang..

Wasalam..

Thursday, 14 July 2011

Feveret Biscuits Neeya

Salam..

Hye korang..
Ada lagi ke yang lom tido?
Heeee.. Malam ni entah knp Neeya susa
nak lelapkan mata ni.. Sangat degil la mata 
ni malam ni.. Tiba2 lak perut Neeya ni berbunyi2 kan..
Al-maklumlah time2 tengah malam ni xtido lagi..
Heeee.. Nasib la feveret biscuit Neeya slalu ada
disamping Neeya.. Ahaksss.. Seriously.. Biscuit ni memang
selalu ada stock la.. Hari2 beli.. Hahaha..
Haaaaa.. Korang tau x biskut pe??
Alaaaaaa.. Biscuit Rocky yang stick lam kotak 2..



Haaaaa... Biskut kat bawah ni..
Korang kenal x???
Xtau la nape Neeya addicted sangat ngan biskut ni..
Act mula2 my fren yang addicted dulu..
Neeya wat jual mahal je bila dia nak kasi Neeya try..
Then try la jugak sebab da slalu sangat tolak kan..
Bila da try Neeya trus fall in love ngan biscuits ni..
Biscuits ni la peneman Neeya time study.. Time online..
Hehehehe
 Biscuits ni de banyak
flavour.. Tapi Neeya suka makan yang strawberry n chocolate je..
So.. Apa kata korang try..
Mana la tau lepas ni korang lak fall in love
ngan biscuits ni kan.. Hehehehe..
Okeeey la.. Neeya da nak berhenti berceloteh..
Tata korang.. 

Wasalam..


Wednesday, 13 July 2011

Tips: 50 Cara Memikat Lelaki

Salam.. Hye korang.. Apa kabar korang hari ni?? Hari ni Neeya nak share ngan korang beberapa tips untuk memikat hati lelaki.. Haaaa.. Kepada wanita2 kat luar sana.. Korang bole cuba menggunakan tips2 ni untuk tambat hati LELAKI YANG KORANG SUKA, BOYFIE atau SUAMI korang.. Heeeeeee..
  1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
  2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
  3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
  4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
  5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
  6. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
  7. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
  8. Jangan terlalu mengongkong.
  9. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
  10. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
  11. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
  12. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
  13. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
  14. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  15. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
  16. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
  17. Jangan bandingkan si dia dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
  18. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
  19. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
  20. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
  21. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
  22. Mengetahui bila hari lahirnya.
  23. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
  24. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
  25. Manja!
  26. Jangan terlalu excited ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
  27. Jangan terlalu bersikap kelakian dan ganas dalam pergaulan.
  28. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan perfect.
  29. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
  30. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
  31. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
  32. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
  33. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
  34. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
  35. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
  36. Jangan bersikap terlalu kuno.
  37. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
  38. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
  39. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
  40. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
  41. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
  42. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
  43. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
  44. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
  45. Jangan terlalu materialistik atau kebendaan.
  46. Setia da jujur pada si Dia.
  47. Bersikap berdikari.
  48. Bersabar dengan kerenah si Dia.
  49. Bersikap terus-terang.
  50. Menjaga tatasusila dan sopan santun.

KLIK SINI

Miss iPod