KLIK SINI

Followers

Saturday, 29 March 2014

Atkins Kena Postpone!

Aiii darling-darling semua.. Aiyoyoyo, agak frust la todayyy.. 
Disebabkan kesihatan Nia yang belum nak membaek,
 Nia terpaksa postponekan niat murni lagi suci untuk start induction Atkins. 
U know y.. Sebabnye Nia nak kena makan ubat la.. 
Ubat batuk kan manis, op cos la ada gula.. 
So, inshaAllah lepas baek demam, batuk, flu, saket tekak nanti la gamaknye ye.. 
Sebenarnye Nia memang dah tak sabar-sabar nak berAtkins ni.. 
Ada target la uOlls.. Kononnya nak turunkan 25kg oke..
 Kelass tak korang?? Gila tak kelass kalau berjaya kan? 
Kikikikikikiki.. 
Nia berdoa supaya diberi kesihatan yang marvellouss macam sebelum ni 
cepat-cepat Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin..
 InshaAllah.. 
Peacee yawws! J

Friday, 28 March 2014

Mood Nak Diet Atkins

Afternoon peeps.. Salam Jumaat yang penuh barakah.. Petang ni Nia nak share dengan korang 1 cara untuk berdiet yang dah lama Nia perhatikan, kaji dan dah ada kawan Nia yang berjaya dengan diet ni.. Kalau korang nak tau, nama diet ni ialah Diet Atkins.. Fuhhhhhhhh.. Actually, Nia ni dikategorikan dalam aweks yang berbadan CHOMEL la.. Bukan gemok oke tapi CHOMEL ! Lepas Nia review, pikir punya pikir Nia rasa dah tiba masa untuk Nia buat program diet Atkins ni.
Semangat dah berkobar-kobar sekarang oke.. Esok jugak nak start ni haa. Tak mau pikir daa.. So, pada yang tak tau amende la Atkins ni, meh sini rapat-rapat dengan Nia meh.. Nia nak terangkan serba sikit tentang Atkins ni.

Ekcelli, ATKINS ni adalah satu program diet tanpa produk,Kurus tanpa produk. Tidak perlu berlapar. Percuma seumur hidup oke! 

Buat pengetahuan korang, Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.

Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan, semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.

Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih  banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

  1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
  2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
  3. Pre-maintenance
  4. Lifetime Maintenance

Penerangan fasa Atkins = SINI

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Dilarang makan Semasa Induction (Permulaan diet):
  1. Nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
  2. Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya. tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
  3. Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
  4. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
  5. Minuman bergula, jus buah-buahan, barli, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
  6. Snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
  7. Segala bentuk kekacang, tempe & sebagainya.
  8. Makanan berproses seperti bebola ikan, bebola sotong, bebola ayam(bertepung)
  9. Makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih dan semua produk bergandum.
  10. SOS & Kicap (kebanyakkannya tinggi karbohitrat)
  11. Sayuran berkarbohidrat tinggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak. 
  12. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
  13. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
  14. Sate yang diperap dengan gula @ madu (kat kedai)
  15. Keropok lekor, oat, gula perang, beras perang.
Boleh Makan:
  1. Ayam(semua bahagian) - panggang, steam, bakar, sup, digoreng tanpa tepung.
  2. Telur ayam, Telur itik, Telur ikan. - telur dadar, rebus, goreng.
  3. Ikan, Udang, Ketam -  (kurangkan sotong & kerang kerana karbohidrat tinggi.)
  4. Daging(semua bahagian) - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai, keropok kulit lembu.
  5. Sayur, terutamanya sayur hijau. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun. Kurangkan lobak merah, kacang panjang, bendi & tomato.
  6. Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Cuba limit kepada 2-3 keping sehari.
  7. Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
  8. Burger & hotdog? daging sahaja, roti2 buang...(pastikan burger rendah karbohitrat)
  9. Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
  10. Rumpai laut.
  11. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
  12. Minyak masak, olive oil & sebagainya.
  13. Chewing gum yang sugar free, selalunya 1 carb sebiji, cukup 2 or 3 biji sehari kalau nak makan.
  14. Multivitamin, spirullina, psyllium husk, teh hijau, teh herba, teh org kampung.(tanpa gula)
Syarat-syarat Induction:
  • Pastikan cukup minum air, 1 liter setiap 25kg berat anda.  (Penting)
  • Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 8.00pm atau 4 jam sebelum tidur. Jangan ponteng makan(menyebabkan badan dalam mood lapar & metabolisma menurun)
  • Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.
  • Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.
  • Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.
  • Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
  • Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.BERHATI2 KETIKA MAKAN DI KEDAI, kemungkinan ada gula dalam masakan.
  • Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula.
  • Kurangkan makan berproses seperti burger & hotdog(boleh makan, cuma kurangkan..)

Contoh sarapan / Breakfast
  1. Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
  2. Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
  3. Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
  4. Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
  1. Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
  2. Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
  3. Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
  4. Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
  5. Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)
Carb = Karbohidrat

Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.
Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction(20g) selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.
Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. 

Cara-cara Shopping Menurut Atkins Diet:

Bahagian Daging:
1.) semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.
2.) Semua jenis ikan, udang dan ketam okay. 

Section Frozen Food / Makanan Dibeku:
1.) Berhati2 memilih sosej dan burger.
Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.
2.)Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.

Bahagian Sayur dan Buah-buahan:
1.) Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.
2.) Elakkan buah-buahan.

Bahagian Makanan Ringan:
1.) Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.
2.) Jauhi gula2 / coklat.

Section Makanan Dalam Tin:
1.) Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.
2.) Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!

Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:
1.) Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.
2.) Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan.

Bahagian2 Lain:
1.) Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih).
2.) Chicken / meat slice dalam packet. Baca label.
3.) Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni.
1.) Kalau ke restaurant/gerai, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup sapi, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab, dan lain-lain.
asalkan BUKAN nasi, roti.
2.) Fast food
McDonalds - makan burger, tapi jangan makan roti bun. Makan daging burger dan sayur sahaja.
KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.
3.) Ayamas AyamA1 panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam.
Untuk buang air yang berlebihan tu, kita kena  minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan.
Memang itu adalah perkara yang biasa  yang kita dengar dari semua orang, namun apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas.

Ramai yang ingin diet dengan memakan buah-buahan. Namun kita perlu ingat, buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar.
Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu. Apa yang penting, kita perlu seimbangkan pemakanan kita, kita perlu lihat bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tengahari, dan silalah mulakan hari anda dengan sarapan yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja-kerja seharian.
Jika kita malas untuk mengambil sarapan walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita kekurangan tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tengahari,  dan makan malam. Tapi apa yang kita makan untuk setiap sesi adalah berbeza. Untuk makan tengahari, kita boleh makan makanan yang berat, jika anda sukakan ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun, Kalau nak makan ikan atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan sumber-sumber vitamin dari sayuran atau buah-buahan.

Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu.

Kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kg dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan. berjalan sudah memadai bagi yg tidak mampu bersukan.

Nia harap penerangan ni cukup jelas untuk menjelaskan tentang diet Atkins ni.. Pada korang yang nak tau lebih pasal diet ni sila la ke blog Bicikut oke.. Chow Cincau..




Credit: http://bicikut.blogspot.com/

Cara untuk Dapatkan Kelulusan Geran Latihan daripada HRDF

Morning.. Morning.. Morning.. Alhamdulillah, hari ni Nia rasa happy sangat..Nak tau kenapa?? Sebab, staff yang pertama Nia hantar pergi training berjaya laa.. Hahaha.. Entah pape Nia ni kann.. Actually hari ni Nia nak share sikit la mengenai proses untuk hantar staff  pergi training. Khusus buat HR Exec atau Training Exec yang baru nak belajar kat luar sana yang sama fresh-fresh macam Nia ni kan.. J

First, korang kena pastikan company korang berdaftar dengan HRDF la kan. Make sure baki levi cukup untuk claim-claim yang korang akan buat nanti.

Second, korang kena tahu kursus apa yang sesuai untuk staff yang korang nak hantar. Korang kena la make sure objektif kursus tersebut sesuai dengan jawatan dan jobscope kerja staff tersebut kannn..

Third, get approval daripada majikan korang.. Nia rasa Manager and above la kot ea.. Kalau ada COO atau CEO better. Buat la dalam bentuk form sikit, kasi detail pasal fees, accommodation, allowance, petrol and toll.

Fourth, register course tersebut dengan training provider.

Fifth, online di portal PSMB untuk dapat kelulusan geran. Korang kena ingat, mende ni korang kena buat at least sehari sebelum tau. Kalau tak memang leceh nak kena buat secara manual.

Sixth, korang akan dapat email daripada HRDF sama ada lulus, quiry atau reject. Kalau lulus Alhamdulillah, kalau quiry, korang cek balik apa yang tak kena. Biasanya dia akan state sebab apa dikuiri melalui email, so korang kena rajin bukak email la k.

Seventh, once da approve korang da boleh hoorey-hoorey.. Kuang.. Kuang.. Kuang..


Actually, step ni tak berapa nak complete sebab Nia nak kena siap gi kerja jap agi.. Half day oke hari ni selepas MC 3 hari. InshaAllah kalau ada kesempatan Nia akan share step yang lebih detail dan lengkap dalam entri yang akan datang. InshaAllah. J

Thursday, 27 March 2014

Oh, Jodoh!

Assalamualaikum..


Adoiiii, lamanya Nia tak berbloggg, memang rindu giler la nak berblog ni.. Tapi nak buat macam mana, sejak- sejak jadi wanita bekerjaya ni memang busy manjang je.. Takde masa langsung nak berblog.. Hihihi..
BTW, alhamdulillah syukur sekarang kehidupan Nia semakin stabil al-maklumlah dah kerja kannn.. Tapii 1 benda lah yang xde improvement lagi ni, korang rasa apa?? Hahahaaha... Dah terang-terang tajuk entri Nia ni pasal JODOH kan.. Haisyyyyy, naek pening kepala ni bila org keliling asyik tanya pasal ni, "Bila nak kawen?"... Mcm dah xde soalan laen kan?? Pelisssssssss la jgn tanya soalan tu kat Nia.. Sebab Nia takde jawapan laaaa.. Hurrmmmm... :'(  To be inform la kan wahai org sekelilingku yang disayangi, Cik Nia ni bukannye xnak ke arah tersebut laa.. Cuma blm ada jodoh laaa.. Heee.. Org kata just go with the flow, kalau ada InshaAllah la kan.. :)    Mudah-mudahan jodoh itu datang dengan cepat Ya Allah supaya hambaMu ini dapat menjawab soalan mereka-mereka nanti dengan hati yang senang. Amin Ya Allah..

Sunday, 26 May 2013

Saya Sudah Keje

Salam..

Hye semua.. Ada lagi ke org yang follow Neeya skng eh?
Da lama kot Neeya xupdate blog ni.. Sbnarnya rindu gila nak update
tau.. Tapi disebabkan sebelum ni dugaan final year + internship, mmg
busy gila babas la.. Heeee.. Actually skng Neeya baru je mula
bekerja.. Kerja apa? Kerja apa? Syhhhhhhh, rahsia la kan..
Alhamdulillah rezeki datang lepas habis study, xde la kena
balik kampung tanam anggur kan.. Baru je sebulan bekerja
menyedarkan Neeya bertapa susahnya abah n mama Neeya membesarkan
Neeya, membanting tulang bagi kami adik-beradik makan pakai n smua la..
Insaf jappp uolss.. Penat jugak kerja ni rupanya kan.. 


:)

Sunday, 4 November 2012

BFF-Best Friend Forever?

salam..lama dah neeya xupdate blog ni.. bersawang? of cos la..hari ni terasa betul2 touching bila dapat tau sahabatsebantal n setilam a.k.a BEST FRIEND FOREVER neeyada kawen tanpa menjemput neeya..yang lg best siap BLOCKfb..huwaaaaaaa.. sedeyyyy sgt..tapi apa nak buat kan..org da buang kita dri hidup dia.. *ayat touching pulaksss*kpd kwn sy, NURHAZIRAH BINTI RASIP.. sy doakanawk bahagia dgn suami hingga ke akhir syurga.. amin..

Tuesday, 14 August 2012

Rahsia Tahi Lalat

1-Bibir atas kanan= Banyak rezeki, pandai

2-Bibir atas kiri = Ramai kawan, baik hati

3-Bibir bawah kanan= Disegani orang, ramai yang suka

4-Bibir bawah kiri = Pandai bicara, tak mudah kalah

5-Leher kanan = Cerdas, jujur, berani menderita

6-Leher kiri = Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan

7-Leher di tengah= Tercapai cita-cita

8-Biji mata kanan = Suka serong dan pembohong

9-Biji mata kiri = Pembohong tetapi baik hati

10-Hujung mata kanan= Baik hati, sopan santun, cerdas

11-Hujung mata kiri= Baik budi, murah rezeki

12-Punggung kanan= Agak mengalami kesulitan

13-Punggung kiri = Malas dan suka duduk

14-Betis kanan= Suka berhibur, boros

15-Betis kiri= Rajin, tidak suka menganggur

16-Lutut kanan= Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha

17-Lutut kiri= Kurang kuat berusaha

18-Kepala sebelah kanan = Terkabul cita-cita

19-Kepala sebelah kiri= Sering menemui kesusahan

20-Kepala sebelah belakang= Jujur, sabar dan tekun

21-Kening kanan = Cerdas dan cekap

22-Kening kiri= Cerdas dan sopan santun

23-Tengah kening= Keras hati dan berani segala hal

24-Hujung mulut kanan= Kecil rezeki, tak mudah kalah

25-Hujung mulut kiri= Suka berpoya-poya

26-Ketiak kanan= Dapat menyimpan rahsia

27-Ketiak kiri= Jujur, banyak yang cinta

28-Pergelangan kaki kanan= Suka keluar rumah

29-Pergelangan kaki kiri= Kehendak kuat

30-Batang hidung= Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

31-Pada hidung= Banyak rezeki

32-Dagu bawah kanan= Jujur dan baik hati

33-Dagu bawah kiri= Bijaksana, dan berbudi luhur

34-Kemaluan kanan atau kiri= Baik, suka senggama

35-Tumit kanan= Jujur dan banyak kawan

36-Tumit kiri= Baik budi

37-Alis kanan= Suka menolong dan baik hati

38-Alis kiri= Ramai yang suka

39-Pangkal peha kanan= Kemahuan kuat

40-Pangkal peha kiri= Suka kerja apa pun

41-Telapak kaki kanan= Tak mudah mengeluh

42-Jari kaki kanan= Suka menolong

43-Jari kaki kiri= Berbudi, suka berbuat baik

44-Bahu kanan= Cermat dlm mbuat keputusan, byk tanggungan

45-Bahu kiri= Suka kerja keras, banyak tanggungjawab

46-Buah dada kanan= Baik hati, pendiam, simpan rahsia

47-Buah dada kiri= Ramai kawan, setia pada pasangan

48-Lengan kanan= Setia dan taat pada atasan

49-Lengan kiri= Menepati janji dan rajin

50-Pipi kanan= Ramai teman

51-Tengah-tengah pipi kanan= Ramai yang suka

52-Tengah-tengah pipi kiri= Ramai teman

53-Ubun-ubun= Kurang jujur

54-Pusat= Cerdas, tangkas, tekun

55-Pusat bahagian kanan= Sejahtera dalam hidup

56-Pusat bahagian kiri= Beroleh kemuliaan

57-Pinggang kanan= Sayang pada pasangan hidup

58-Pinggang kiri= Disayang pasangan hidup

59-Dada kanan= Dapat mengatasi masalah

60-Dada kiri= Berani, jujur dan sabar

61-Telapak kaki kanan= Tidak mudah mengeluh

62-Telapak kaki kiri= Baik budi pekertinya

63-Siku tangan kanan= Kuat ingin memiliki kejayaan

64-Siku tangan kiri= Baik hati, suka menolong

65-Jari tangan kanan= Serba beroleh keuntungan

66-Jari tangan kiri= Serba baik bekerja

67-Jari telapak tangan kanan= Banyak rezeki tetapi boros

68-Jari telapak tangan kiri= Banyak rezeki dan cermat

69-Pergelangan tangan kanan= Boros, suka bersukaria

70-Pergelangan tangan kiri= Dapat berpangkat

71-Perut bawah kanan= Banyak rezeki, suka memberi maaf

72-Perut bawah kiri= Baik hati, tenang hidupnya

73-Sudut mata kanan dalam= Disayang suami atau isteri

74-Sudut mata kiri dalam= Tidak mudah dilupakan pasangan

75-Sudut mata kanan luar= Baik budi, ramai yang cinta

76-Pelipis kiri= Murah rezeki, dapat jadi kaya

77-Pelipis kanan= Serba berhasil dalam usaha

78-Kelopak mata kanan atas= Baik hati, ramah, berjaya

79-Kelopak mata kiri atas= Baik budi, ramai yang suka

80-Kelopak mata kanan bawah= Agak malas

81-Kelopak mata kiri bawah= Agak bodoh, kurang bijaksana

Ramadhan Semakin Beransur

Assalamualaikum..


Hye korang sume.. Da lama kowt Neeya xupdate blog
kesayanganku ini.. Heeeee.. Ekcelliiiii, Neeya t'sgtlah busy kowt..
Busy ngan hape ntah kan.. Alhamdulillah, Neeya rasa b'syukur sgt 
sbb masih d'beri k'sempatan untk menyambut Ramadhan pd
tahun ni.. Ramadhan thn ni terasa sgt cepat berlalu..
Sedar xsedar kita da berada d'penhujung Ramadhan..
Rasa mcm sedih je bila Ramadhan nak tgglkan kita kan?
Yelaaa, sthun cuma sbulan je.. 
Neeya harap thn depan Neeya dptla 
merasa nikmat Ramadhan ni lg..
Mudah2an la kan.. 
Amin..

Sunday, 3 June 2012

Rokok??? Oh.. Laaaaaaa'' !!

Hye korang.. Apa kabar sume??? Hadoiiii..
Da lama da Neeya xupdate blog ni..Agak busy gileeeeee laaa..
Tapi alhamdulillah skng everything's gonna back to normal..
E'ehhhh.. Btl ke ayat omputih Neeya ni? Ahhh.. Lantokkk lerr kan..
Chopppppppp.. Neeya nak bebel sket pasal rokok..
 R.O.K.O.K.. Korg tau x ape 2??
Actually Neeya agak t'kejut sbb lately ramai sgt girls
 yg m'rokok d'sekeliling Neeya..
What happen to you GIRLS???
Da mcm trend kan.. Kalau dlu org ckp
 LAKI XISAP ROKOK XMACHO LER..
Tapi skng mcm da t'balik kan..
KALAU GIRLS XISAP ROKOK
XCUN LAAA.. OH.. LAAAAAAA'''....!!!!!
Korg xmalu ke isap rokok katr tmpat awam??
Kdg2 mcm nak m'nunjuk2 pun ada..
PliZZZzzzzz la kwn2.. Maluuuuu laaa..
Ak sbgai perempuan pun malu tgk kot..
Neeya xkesah klau korg nak ckp Neeya kolot..
DO I CARE?????
OKE la.. Neeya mau stop bebel.. BYE..

Sunday, 8 April 2012

3rd Paper Kepala Ting Tong !

Salam...


Hye korang..  Apa kabar arini.. Huhu.. Da b'brapa hari Neeya xupdate blog ni kan.. Yela.. Neeya bz dgn final exam la.. Alhamdulillah smlm da lps paper ke 3.. Huhu.. Act Neeya rasa sedey sket.. Sbb smlm time exam Neeya saket kpala yg amat.. Agak m'ggu jgk la time exam.. Mgkin sbb Neeya lapa kot.. Da abes exm da mkn trus hlg saket kpala 2.. Sangat mnyesal sbb xmkn sblm exam kan.. Tapi nak bt mcm mna sbb da lps.. Tapi insyaaAllah lps ni Neeya akan mkn dlu sblm exam untk elak bnda sama berlaku lg.. Neeya ada 2 paper je lg.. 1 esk n lg 1 khamis mt.. Korang tlg doakan Neeya ye..  Okey korang.. Jmpa lg dln next entri.. Syg koranggg.. Bye..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, 4 April 2012

Mencari MOOD Study..

Salam..
Hye korang.. Apa kabar korang hari ni??
Hari ni Neeya sangat ting tong.. Ape x nye lgsung belum
menyentuh buku lg tau.. Siyezzly mlm ni lgsung xde mood untuk
study.. Haisyyyyy.. Tatau la mana peginye mood study
Neeya.. Apa pun InsyaAllah la lps berblog ni Neeya akan cuba 
mencari mood yang hilang 2.. Heeeee.. Nway arini xde banyak
sangat xtvt yang Neeya buat.. Mcm biasa la tido, makan, tgk tv..
Hehehee.. Itu sudah jadi rutin kan.. Actually, skng leher Neeya tgh
xstable ni.. Terkehel ke hape ntah.. Sakeettt kot.. Nak tgk kiri kanan
pun b'jaga2.. Sbb sakeetttttt.. Huhuhu.. Saboo jela kan..
Hokeyyy la.. Mlm ni Neeya mls nak bebel pnjang2 sgt.. Heee..
Byeeeeeee.. 

Tuesday, 3 April 2012

I Had Flu

Salam..

Hye korang.. Hye my beloved blog.. 
Hari ni sangat tak best laa.. Sbb Neeya kena flu..
HOHOHOHO.. Sbr jela kan.. Hidung pun da merah
mcm hidung badut.. Actually, Neeya bukan nak share
pasal flu ni pun.. Heeeee.. Sy mau share dgn korang apa 
yang Neeya buat hari ni.. Neeya buat apa ea?
Takdee apa yang menarik pun selain makan,mandi,tido n study..
2 ajelaahhh haa.. Hehehe.. Study??? Of cos la kena
study kan.. HOHOHO.. Nak exam la katakan.. Klau xde
final exam atau test confirm la liat nak study kan.. Heeeeeeee..
InsyaAllah next paper Neeya pada Sabtu ni, 7hb.. 
Sbnarnya paper 2 pd 11hb.. Tapi d'sbbkan 11hb cuti
pertabalan agong, so dia d'awalkan la pada hari Sabtu.. 
Neeya ni sbnarnye da xsabar da nak abes final exam ni.. Rindu 
sgt nak balik kmpung tauuuu.. Huuuu.. Da hampir 3 bulan da
xbalik kmpg kan.. Sy sgt rindu mama, abah n adik2 sy..
Hadoiiii.. Rasa rindu sgt m'berontak dlm diri.. Sabooo jela..
Takpeee la kan.. Mcm mana pun nt mesti dapat balik kmpg jgk
kan.. So, skng hnya sabarr jela kan..
Hockeeyyy la.. Neeya mau smbg study la.. Jumpa lg dlm next entri..
Tatatititutu.. Byeee..

Saya Pengguna Blog Droid

Assalamualaikum..


Hye sume.. 
Apa kabar korang pg ni?
 Hri ni Neeya nak share1 application best untk sape2 yg xde msa nk update blog.. So,kta bole la update dri mna je via hp.. Agak cool kan? So,sape2 yang guna hp samsung ke htc ke apa2 hp yg gna android 2 bole la download kat google play a.k.a market 2 application BLOG DROID ni.. So,lps ni smbil baring pun bole la update blog kan.. Hehe.. Slmt mendownload.. Byee...


Published with Blogger-droid v2.0.4

I'm Back..

Assalamualaikum..


Hye sumeeee.. Hye my beloved blog..
Alhamdulillah, pagi ni hati ini terbuka kembali 
untuk aktifkan blog ni slps hampir 2 bulan Neeya
pasifkan diri dari berblog.. Fuhhhh,, Knp Neeya stop
berblog selama beberapa bulan?? Haaaa.. Ni nak citer
ni.. Hehe.. Actually Neeya sangat la busy.. busy giler
la.. Al-maklum lah skng da final year kan.. 
Banyak esaimen, presentation, test n mcm2 lagi la..
Skng ni pun Neeya sedang final exam.. 
Alhamdulillah.. Stakat ni 2 paper da lepas..
Masih ada 3 paper lg la.. Tapi InsyaAllah Neeya
akan kembali aktifkan blog kesayangan Neeya ni ha..
Url blog pun da tuka baru.. Hehe.. Ni kes pengaruh
citer vanilla coklat la ni.. 
Orite.. Smpai sini dulu entri I'm back ni..
Jumpa lg dlm next entri..


Wasalam..

Wednesday, 8 February 2012

Short Entri: Saya Menghilang??

Salam..
Lamenyeee xupdate blog kesayangan hati
hamba ni.. Al-maklum lah sangat busy skng..
Busy dgn esaimen, test n so on la..
Syukurr sgt sbb malam ni ada kesempatan 
untuk tulis short entri ni.. Insyaallah lepas ni Neeya
akan mengupdate lagi blog Neeya yang xseberapa ni 
kalau ada masa dan tenaga yeee..
Wasalam..

Thursday, 5 January 2012

Tiada Mood Untuk Berblog...

Salam..

Hye korang.. Rasanya msih blm terlambat Neeya
nak ucapkan slmt tahun baru kan???
.
.
.
.
.
Saya tiada mood untuk berblogging wat
masa skng.. So.. Neeya akan rehat untuk beberapa
minggu mungkin... 
.
.
.
.
.
Wasalam..

Saturday, 17 December 2011

Saya Dah Masuk Sem Baru !!

Salam..


Hye korang.. Alhamdulillah.. Skng Neeya dah
pun memasuki semester baru.. Haaa.. Teka la Neeya
dah sem bape skng.. Sem 3??? Salaahhhhh.. Sem 2??
Salahhhh jugakkk 2.. Sem 4?? Salahhh jugakk laa..
Tape2.. Skng Neeya dah masuk 3rd year part 1 la korang..
Dalam kata lain sem 6 laa.. Hehehe.. Alhamdulillah..
Buat masa ni Neeya masih mampu mengharungi sume
dugaan yang dtg time blaja ni kan.. Syukurrr sgt2..


Sem ni Neeya xde la carry banyak subjek sgt..
Juz amek 5 sbjek je.. 15 cdt hrs.. Bukan pee.. Sem
ni Neeya nak rest sket.. Sbb sem lps dah bertungkus-lumus 
kan.. Sbnrnye sem ni Neeya xleh nak relaz sgt jugak sbb
sbjek yang Neeya amek sume da taf2 da ni haa.. Al-maklum 
la da msk final year kan.. Ada la 1 sbjek 2 da wat Neeya risau..
Baru je start 1 claz tp Neeya da rasa risau.. Sbb.. Dari
cerita2 senior la kan.. Agak susahh la.. Tapi.. Insyaallah, Neeya
yakin klau kita berusaha n berdoa.. Of cos la bole jadi sng kannn..


So farr sem ni rasanye sume lec oke2 je..
Cuma ada sorg lec yang kurang okee..
Tapi Neeya xley judge dia lg sbb lom msk claz
dia kan.. Dari pengalaman senior2, dorg ckp lec 2
tegas gilerr.. Kedekut mrkah.. Nak jwpan dlm exm ikut
apa yg dia ckp.. Xnak ikut buku.. Mcm mana 2 ea???
Adoiiii.. Nervous la pulak kan.. Tapi apa2 pun harap2
lec 2 oke la.. Xnak la msk claz dia dlm keadaan ketakutan
kan.. Kalaau da ketakutan, nk blaja pun susah kan..


Oke la uolsssssssss..
Sampai sini je dulu celoteh Neeya kali ni..
Jumpa lagi dlm entri yang lain.. Korang
doakan Neeya tau agar Neeya dpt lalui sem
ni dgn jayanyeee.. (ayat xbole blahh kan)..
Heeeeeeeee....


Wasalam...

Monday, 12 December 2011

It's OVER !

Salam..

Hyee peepss.. Ape kaba korg sumee??
Rindu pulak Neeya nk wat entri arini.. Apa
yang OVER ni?? Actually arini ari last Neeya
bercuti sakan2 ni.. Sangat xsukeeee.. !
So.. Esk sy akan berangkat ke Shah Alam balik..
Eiii.. Xsukeee.. Xsukeee.. !


Tapi nak wat cane kan.. Sbgai sorg student 
kena la jalankan brtggungjwb t'hdp study kan..
Eheheheeeee.. Actually.. Dlm xsuke ada yang Neeya
suka gak.. Sbb.. Sbb.. Sbb.. Sy rinduuuuu..
Rindu pd siapa?? Rindu pd SI DIA la kannn..


Sem ni subjek yang Neeya akan carry xde la
tough mcm sem lps.. Sem ni rasa ringan sket kot
sbb amek 15 crdt hrs je.. Mudah2an la dpt carry subjek2
ni dgn jayanyaaa.. Wahhh.. Ayat xbole blah kan..
Jadual Neeya pun xde la pack sgt sem ni..
Sem ni hari Khamis n Jumaat akan jadi hari
pack seduniaaaaa.. Hari Rabu lak akan jadi hari
free sedunia.. Ehehehe..Isnin n Selasa biasa2 je sbb
ada 1 claz jee.. Wah.. Banyak masa rehat 2.. Bole la
dok tercongok dpn lappy slalu kan.. SMILE.. >.<
Rasanya cam da mls sgt nak berceloteh pnjg
dlm entri ni.. So.. Jumpaa lagi dlm entri laen yee..

Wasalam..

Sunday, 11 December 2011

Gerhana Bulan Penuh

Salam..

Hye korang.. Ada lagi ke yang lom tido ni??
Korang dpt tgk gerhana bulan penuh x??
Neeya xdpt tgk laaa sbb ptg td hujan..
Tapi tapee.. Kat tenet ni adaa.. Bole tgk kan..

Buat pengetahuan korg.. Bulan yang beredar dengan had laju relative
1,800 kilometer sejam akan mula memasuki zon bayang
luar bumi pada kira-kira pukul 7.33 malam.
Bayang bumi akan mula menyentuh sisi sebelah kanan bulan
tepat pukul 8.46 malam menandakan permulaan fasa gerhana bulan dan
masa yang diambil oleh bayang gelap itu untuk menyapu keseluruhan
muka bulan hanya 75 minit.

Selepas itu bulan akan mengalami gerhana penuh selama
kira-kira 48 minit, kelihatan seperti sebiji bola raksasa berwarna
kuning tembaga kerana kesan serakan cahaya dari kawasan bayang luar.

Suasana di Planetarium Negara

Peringkat pertengahan gerhana penuh itu dihitung berlaku
pada pukul 10.32 malam ketika ketiga-tiga jasad samawi iaitu bulan,
bumi dan matahari berada dalam kedudukan satu garisan dan satu satah.

Ia juga menandakan fasa purnama Muharam 1433 Hijrah
yang sama dengan kemuncak gerhana
penuh dan jangkamasa bulan melewati
kawasan bayang dalam bumi ialah selama
tiga jam 22 minit sehingga gerhana berakhir pukul 12.18 pagi.

Fenomena sama kali terakhir berlaku pada bulan Jun tahun lalu
namun sedikit berbeza apabila ia dapat dilihat waktu siang
berbanding malam pada malam ini.
Solat sunat gerhana bulan di negara ini pula boleh dilakukan sebaik
sahaja bayang bumi mula kelihatan di permukaan
bulan iaitu kira-kira pukul 8.46 malam.

8.50 p.m
Bulan mula memasuki bayang umbra bumi
disebalik awan


9.15 p.m


9.17 p.m


9.21 p.m


9.25 p.m


10.07 p.m


10.15 p.m


10.16 p.m


10.38 p.m


10.46 p.m


10.53 p.m





KLIK SINI

Miss iPod