KLIK SINI

Followers

Saturday 2 April 2011

Maharaja Lawak

Assalamualaikum..

Miss Marsh baru je selesai menonton rancangan Maharaja Lawak.. Nak pecah je perut ni xtahan dengan lawak dorang 2.. Antara peserta Maharaja Lawak pilihan ialah JOZAN (Johan n Zizan), Sepah, Balas dan Nabil.. Miss Marsh memang ske giler la kat dorang ni.. Xkesah la sape yang bakal jadi Maharaja Lawak.. Tapi kalau bole antara dorang la.. Hehehe...Miss Marsh nak komen sikit la pasal Amir.. Aduhaiii.. Miss Marsh rasa malu nak tengok lawak Amir.. Xtau nak cakap macam mana.. Tapi Miss Marsh rasa macam lawak dia langsung xmenjadi.. Kesian gak tengok dia.. Tapi apa bole buat kan.. Miss Marsh harap mggu depan Amir dapat m'perbaiki persembahan dia dan lebih bersedia la..

Buat pengetahuan semua, Maharaja Lawak merupakan sebuah rancangan realiti pencarian pelawak terunggul di kalangan yang terhebat. Kesemua bekas finalis Raja Lawak dari musim pertama hingga kelima akan kembali berentap dengan lawak jenaka mereka bagi merebut gelaran juara Maharaja Lawak. Rancangan ini akan dikendalikan oleh bekas pengacara Akademi Fantasia iaitu Dato' AC Mizal. Para peserta diberi kebebasan untuk beraksi secara solo ataupun berkumpulan. Rancangan ini akan disiarkan secara langsung bermula pada 1 April 2011 di Astro Warna (Saluran 132) dan siaran serentak di Astro Prima ( Saluran 105).

Kat bawah ni adalah finalis Maharaja Lawak..
  • Yus dan Taukeh (Jambu)
  • Zizan dan Johan (Jozan)
  • Nabil
  • Kumpulan XN3
  • Kumpulan Sepah
  • Jihan
  • Amir
  • Kumpulan Kechik & Idlan (Wai)
  • Alex
  • Man
  • Kumpulan R2
  • Kumpulan Balas
Tadi Miss Marsh sempat menyekodeng website rasmi Maharaja Lawak www.astro.com.my/maharajalawak.. Stakat ni undian paling tggi b'pihak kepada JOZAN sebanyak 50%,d'ikuti oleh Nabil-12%,Sepah-12%,Balas-5%.. Miss Marsh rasa excited lak nak tgk Maharaja Lawak ni.. Xsabar nak tau siapakah yang bakal bergelar sebagai Maharaja Lawak..

Wasalam..

No comments:

KLIK SINI

Miss iPod