KLIK SINI

Followers

Sunday 13 March 2011

Denggi?? Oh..Tidak..!


Assalamualaikum...
Selamat pagi sume..
Pagi tadi time Miss Marshmallow masih enak d'buai mimpi.. Tiba2 pintu rmh d"ketuk.. Rupanya Jabatan Kesihatan yang datang untuk check wujud x tempat2 p'biakan aedes d'rumah Miss ni kan.. Alhamdulillah mmg xde la.. Tapi dekat sini Miss nk share sedikit info tentang denggi b'darah dan simptom2nya..

Sindrom kejutan denggi (English: Dengue shock syndromeDSS), juga tersilap anggap sebagai demam denggi berdarah, dicirikan dengan simptom-simpton sakit abdomen dan perdarahan dalam demam denggi, ditambah kegagalan sistem darah. demam denggi berdarah terjadi tiba-tiba dengan demam melampau, sakit kepala, sakit tekak, batuk, rasa loya dan muntah. Sindrom kejutan denggi ialah jenis demam denggi yang paling tenat. Kejutannya berlaku selepas dua hingga enam hari mengalami simptomnya, diikuti rebah, nadi lemah, dan kebiruan keliling mulut. Simptom-simpton lainnya termasuk: mudah lebam, bintik-bintik darah, gusi dan hidung berdarah. Sindrom kejutan denggi boleh membawa maut. Kadar kematian akibat sindrom ini adalah 6–30%, paling kerap berlaku pada kanak-kanak.

Simptom
  1. Deman (hingga 40.5 °C (104.9 °F)) dan sakit kepala yang teruk
  2. Kesejukan
  3. Rasa loya dan muntah
  4. Ruam
  5. Sakit belakang
  6. Sakit otot melampau.

Akibat
  1. Saluran darah dan limfa rosak 
  2. Pendarahan hidung, gusi
  3. Dasar kulit menimbulkan lebam keunguan.

Tanda awal 
  1. Keresahan
  2. Kulit berlengas kesejukan
  3. Nadi lemah yang deras
  4. Penyempitan tekanan nadi dan/atau hipotegangan
  5. Sakit abdomen
  6. Pendarahan berlebihan
  7. Kegagalan sistem darah ('kejutan') yang berlaku akibat kehilangan bendalir besar-besaran antara hari ketiga hingga kelima kesakitan.

Rawatan

Rawatan sindrom kejutan denggi amat serupa dengan rawatan demam denggi. Dua kaedah rawatan utama yang digunakan ialah rehat dan peningkatan bendalir. Baru-baru ini adanya ujian untuk melihat sama ada steroid boleh mempengaruhi kadar pemulihan.

So.. Pada sape2 yg m'punyai atau mengalami simptom2 ni.. Miss nasihatkan cepat2 pegi jumpa doktor oke.. Oke.. Sampai sini saje..

Assalamualaikum..

No comments:

KLIK SINI

Miss iPod